suria

Alahai Jamal Abdillah, Wany Hasrita nyanyi lagu kitar semula? - “Buat apa nak marah, tiada istilah tiru karya sendiri”

Jamal tidak memandang serius mengenai dakwaan kononnya lagu Belenggu Rindu adalah karya 'kitar semula'.

PENYANYI Datuk Jamal Abdillah enggan melatah dengan sindiran sesetengah pihak yang mendakwa lagu Belenggu Rindu duet bersama Wany Hasrita mempunyai persamaan dengan Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Jamal yang terkenal dengan jolokan Raja Pop itu berkata isu ciplak sepatutnya tidak dibangkitkan kerana kedua-dua karya tersebut dihasilkan oleh komposer yang sama iaitu Hael Husaini dan Ezra Kong.

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta maaf, awak bersalin nanti saya nak duduk jauh” - Jamal Abdillah beritahu isteri tak sanggup masuk 'labour room'

"Orang yang buat lagu pun individu sama, mood juga pasti sama. Sebagai contoh tengok sahaja karya ciptaan Datuk Dr Ahmad Nawab, dia pun pernah terkait isu sama apabila mencipta lagu untuk beberapa penyanyi berbeza.

Jamal Abdillah kembali dengan single terbaharu selepas lebih 10 tahun tidak merakamkan lagu baru.

"Jadi bagi saya buat apa nak marah, kedua-dua lagu itu dihasilkan oleh pencipta yang sama. Tiada istilah meniru karya sendiri," kata Jamal kepada mStar.

Penyanyi berusia 60 tahun itu ditemui semasa majlis sidang media pelancaran lagu duetnya itu pada Rabu.

Dalam pada itu Jamal yang terkenal dengan lagu-lagu malar segar antaranya Azura dan Sepi Seorang Perindu berkata dia kini dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah album kompilasi.

Jamal menjemput komposer muda untuk tukar susunan lagu-lagunya.

"Dah lebih 10 tahun saya tak masuk studio, sekarang ni saya nak minta mana-mana komposer untuk pilih lagu-lagu saya dan tukar arrangement agar boleh dikeluarkan sebagai album baharu.

"Lagu saya dah banyak sangat, tak perlu lagu baharu. Cuma nak diberi nafas baru.

"Tiada istilah identiti seorang Jamal Abdillah akan berubah, saya dah establish dengan konsep dan cara penyampaian yang orang ramai dah tahu. Cuma saya mahukan sesuatu yang lebih segar untuk kekal relevan di zaman ini," tambah Jamal.

Artikel Lain