“Minta maaf, awak bersalin nanti saya nak duduk jauh” - Jamal Abdillah beritahu isteri tak sanggup masuk 'labour room' - Video | mStar

“Minta maaf, awak bersalin nanti saya nak duduk jauh” - Jamal Abdillah beritahu isteri tak sanggup masuk 'labour room'

PENYANYI lagenda, Datuk Jamal Abdillah memilih nama Azura Yamani untuk anak perempuannya yang dijangka lahir pada 5 Oktober ini.

Kata Jamal, 60, dia memilih nama itu memandangkan 'Azura' sudah cukup sebati dengan hidupnya.

“Dah ada nama, hari hari saya panggil Azura... Azura. Nama Azura tu dah lama melekat dalam karier nyanyian saya. Setiap kali buat persembahan pasti lagu Azura menjadi permintaan penonton.

Datuk Jamal Abdillah pilih Azura sebagai nama anak ketiganya.

“Orang ramai pun kalau sebut sahaja Azura , pasti mereka bayangkan Jamal Abdillah. Nama tu dekat dengan saya.

“Jadi saya fikir kenapa tidak abadikan ia sebagai nama anak ketiga yang akan lahir nanti,” kata Jamal kepada mStar.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, pada 1 April 2017.

jamal abdillah , azura yamani
Semua
Hiburan
Berita
Variasi