Nak bergaya tapi tiada duit isi minyak kereta, Afieq Shazwan sanggup buat 'loan' dengan nenek - Video | mStar

Nak bergaya tapi tiada duit isi minyak kereta, Afieq Shazwan sanggup buat 'loan' dengan nenek

PELAKON dan penyanyi Afieq Shazwan pernah mengalami saat sukar apabila dia tidak mempunyai wang untuk mengisi petrol kenderaannya sehingga perlu meminjam daripada neneknya.

Afieq atau Muhammad Shafieq Shazwan Zamros berkata situasi itu menjadi antara pengalaman yang pernah dihadapi pada awal penglibatannya dalam dunia seni.

“Sewaktu itu saya masih lagi seorang pelajar, pendapatan daripada bidang seni pun tidak selumayan sekarang. Malah saya pernah mengalami situasi hanya ada beberapa sen wang tunai.

“Jadi terpaksa pinjam dengan nenek untuk isi petrol. Kalau tidak, mungkin saya tak dapat pergi ke kelas dan set lakonan. Sebab itulah saya rasa ada nilai sentimental yang tinggi pada kereta pertama saya itu biarpun mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini,” kata Afieq kepada mStar.

afieq shazwan
Semua
Hiburan
Berita
Variasi