suria

Kucaimars dikritik netizen tidak 'study', silap beri maksud 'Jaanam'

PENYANYI Kucaimars menjelaskan perasaan gugup ketika berada di atas pentas menjadi punca dia tersilap menjawab soalan juri selepas persembahannya pada konsert Big Stage pada Ahad.

Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 22, berkata, dia sudah membuat persiapan termasuk memahami dan mendalami maksud sebenar lagu Hindustan berjudul Janam Janam itu beberapa hari sebelum persembahan.

"Sebenarnya lagu ini memang liriknya mengenai lelaki itu yang mencari kekasihnya. Tapi saya ambil maksud 'kemana' itu untuk explain maksud Janam.

"Tetapi mungkin orang ramai yang tersalah sangka dengan jawapan saya itu... lagipun memang saya sudah study dan faham maksud lagu itu untuk saya ambil feel lagu itu sebelum membuat persembahan. Tak adalah saya main nyanyi sahaja.

"Bila Judika tanya apa maksud Janam, saya terus blank. Saya nak beri jawapan penuh tapi ketika itu saya sendiri gugup jadi saya jawab sahaja 'kemana'," kata Kucaimars kepada mStar.

Kucaimars, Janam Janam, Big Stage


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi