Lufya dakwa tak bahagia, jadi mangsa aniaya suami... “Aku pernah sakit, aku kemurungan” - Hiburan | mStar

Lufya dakwa tak bahagia, jadi mangsa aniaya suami... “Aku pernah sakit, aku kemurungan”

Lufya mendedahkan masalah rumah tangga yang dihadapinya sejak tiga tahun lalu.

PELAKON Lufya Omar mendakwa suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami selepas tiga bulan mereka bergelar suami isteri.

Lebih mengejutkan, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, suaminya juga didakwa pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya Selamat Lahirkan Baby L

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya ajar anak pakai tudung kena kritik

"Follow, unfollow, blocked? Follow, unfollow... blocked? Ni cara nak selesaikan masalah ke?

"Sejak tiga bulan kita berkahwin, kau dah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran.

"Lari daripada tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut. Aku diam, sampai tak mampu aku pikul sendiri lagi dan kesalahan itu kau ulang sehingga enam kali!" katanya.

Lufya mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab suaminya di laman Instagram.

Lufya membuat dakwaan serius itu menerusi sebuah posting di Instagram miliknya pada Khamis.

Menerusi perkongsian itu, Lufya turut memuat naik paparan skrin menunjukkan akaun Instagram miliknya disekat oleh suaminya.

"Enough is enough... Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri.

"Aku pernah sakit, aku kemurungan, tak sangka impian dan cita-cita nak jadi isteri solehah sesukar ini cubaanya.

Lufya sebelum ini tidak pernah mendedahkan perihal rumah tangganya kepada umum.

"Kesabaran aku diduga terlalu lama. Luka dekat badan tak sesakit luka dekat dalam hati ni. Thank you so much!" tulisnya.

Dalam pada itu, Lufya berkata, dia tidak berniat untuk membuka aib suaminya namun kesabarannya itu sudah sampai pada tahapnya maksimum.

Katanya, suaminya itu turut membuat fitnah terhadap dirinya semata-mata mahu menyelamatkan diri sendiri.

"Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada!

"Dah cukup lama aku bersabar... Dah cukup lama aku dianiaya!

Fitnah isteri dekat keluarga macam-macam semata-mata nak tutup kesalahan sendiri

LUFYA OMAR

Pelakon

"Fitnah isteri dekat keluarga macam-macam semata-mata nak tutup kesalahan sendiri," katanya.

Pelakon Lufya selamat bergelar isteri kepada Che Muhammad Hafiz Che Baharum dengan sekali lafaz pada 26 November 2016.

Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Lufya Omar , kemurungan

Artikel Lain