suria

“Saya percaya Yusry dah matang, tak timbul soal tercuit” - Erra tak kisah 'disatukan' dengan bekas suami

Netizen memuji sikap profesional Erra dan Yusry.

PELAKON Erra Fazira tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya mana-mana produksi berhasrat menggandingkannya dengan bekas suami, Yusry Abdul Halim.

Kata Erra, dia sentiasa bersikap profesional dan menyifatkan sejarah antara mereka sebagai kenangan yang tidak seharusnya menjejaskan kredibiliti masing-masing dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan” - Erra Fazira reda hubungan cinta dengan Shahir berakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Cakap nak meminang, tapi tiada… Erra Fazira tak pasti hubungannya dengan Shahir

"Ya, kalau digandingkan dalam satu screen, ia adalah kali pertama buat kami selepas 13 tahun.

"Kita dalam satu industri... pusing-pusing pun akan bersua juga.


Erra mengakui tidak kisah jika digandingkan dengan Yusry.

"Sama ada dalam satu frame atau majlis, kami dah biasa berjumpa. Jadi ia tidak menjadi apa-apa isu bagi saya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Erra berkata dia juga gembira dengan kehidupannya ketika ini malah menganggap gandingan bersama bekas suami tidak menjejaskan dirinya.

"Masing-masing dah ada kehidupan sendiri, dah happy dan saya pun gembira dengan hidup saya.

"Apa yang tinggal itu adalah memori lama dan ia tidak menjejaskan apa-apa pun.

Apa yang tinggal itu adalah memori lama dan ia tidak menjejaskan apa-apa pun.

ERRA FAZIRA

Pelakon

"Saya percaya Yusry pun dah matang dengan benda-benda begini dan tak timbul soal tercuit atau apa," katanya lagi.

Erra sebelum ini dilihat begitu profesional mengendalikan temubual bersama Yusry menerusi episod pertama All Stars Buka Panggung yang memegang watak sebagai Dewi Seri Panggung.

Tindakan Erra itu menerima pujian ramai netizen di Twitter.

Gandingan Erra dan Yusry pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Erra dan Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada Jun 2003 namun berpisah tiga tahun kemudian.

Erra Fazira, Yusry

Artikel Lain