“Saya seperti jalani kehidupan baharu” - Jamal Abdillah seronok jaga anak, tak mahu keluar rumah - Hiburan | mStar

“Saya seperti jalani kehidupan baharu” - Jamal Abdillah seronok jaga anak, tak mahu keluar rumah

Jamal Abdillah lebih suka habiskan masa di rumah.

MASIH teruja dengan kehadiran anak perempuan pertama iaitu Nur Azura Yamani yang kini berusia empat bulan membuatkan penyanyi Datuk Jamal Abdillah memilih untuk meluangkan banyak masa di rumah.

Jamal, 61, berkata, dia lebih suka menjaga dan bermain-main dengan anaknya di rumah berbanding keluar berjalan seperti sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani enggan tumpang populariti bapa - “Jarang tengok baba nyanyi... dia pun baru tahu saya ada lagu”

“Wah, seronok dengan baby, sekarang dia berumur empat bulan setengah. Saya seperti menjalani satu kehidupan yang baharu.

“Dulu bila duduk dekat rumah rasa terfikir nak keluar nak bawa isteri berjalan, tetapi sekarang bila dah ada baby nak duduk dekat rumah je,” katanya.

Jamal ditemui ketika sidang media konsert amal bersama Dayang Nurfaizah di Istana Budaya pada Selasa.

Penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir ini berkahwin dengan Datin Zai Izzati Khiruddin pada 1 April 2017 di Ipoh Perak.

Terdahulu, Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun ketiga-tiganya berakhir dengan perceraian.

Dulu bila duduk dekat rumah rasa terfikir nak keluar nak bawa isteri berjalan, tetapi sekarang bila dah ada baby nak duduk dekat rumah je.

JAMAL ABDILLAH

PENYANYI

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Bercakap penglibatan anak keduanya, Ahmad Zaki Yamani, 13, yang kini mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian, Jamal berata, dia sentiasa memberi galakan.

Bagaimanapun, Jamal berkata, dia akan memastikan bahawa persekolahan anaknya itu tidak terjejas.

Zaki Yamani kini menceburi bidang nyanyian.

“Dia pun dah buat single. Saya nak halang pun tak boleh pasal saya ada pengalaman dulu, bila saya berminat tapi ayah saya halang.

“Jadi, saya galakkan apa yang dia mahu, tetapi kena pastikan persekolahan kena bagus,” tambahnya.

Sementara itu, Jamal bakal bergandingan bersama penyanyi Dayang Nurfaizah dalam konsert amal Alunan Irama yang akan diadakan di Istana Budaya pada 11 April depan.

Konsert itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembangunan pendidikan dan kebajikan pelajar yang kurang bernasib baik di sekolah-sekolah kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Orang ramai boleh mula membeli tiket konsert itu secara dalam talian bermula 10 Mac depan.

Jamal Abdillah

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain