Selisih faham, pemain gitar Drama Band berehat - “Kami terbuka terima dia semula untuk persembahan AJL34” - Hiburan | mStar

Selisih faham, pemain gitar Drama Band berehat - “Kami terbuka terima dia semula untuk persembahan AJL34”

Ammar (tiga dari kiri) mengambil keputusan untuk berehat daripada kumpulan Drama Band.

KUMPULAN Drama Band mengakui ketiadaan pemain gitar, Ammar Habir pada persembahan di Semi Final Muzik-Muzik 34 pada baru-baru ini disebabkan ingin berehat selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Bagaimanapun vokalis kumpulan itu, Aepul Roza berkata punca salah faham itu tidak perlu didedahkan dan mereka juga menghormati keputusan Ammar untuk berehat daripada Drama Band.

ARTIKEL BERKAITAN: Anta Permana, Ragaman tepati ramalan layak ke AJL 34

ARTIKEL BERKAITAN: Drama Band ‘attack’ Aliff Syukri dengan Baby Shima? - “Kalau ada yang terasa, kami minta maaf”

Malah menurut Aepul lagi, mereka juga tidak mempunyai masalah untuk menerima semula jika dia sudah bersedia untuk kembali beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 34.

Drama Band terbuka menerima semula Ammar jika dia sudah bersedia.

"Memang ada berlaku salah faham sedikit dengan Ammar dan dia pun ada alasan tersendiri nak berehat daripada kumpulan ini.

"Tapi dia tidak memaklumkan berapa lama akan ambil masa untuk berehat itu. Lagu Drama dihasilkan ketika Ammar masih bersama kami.

"Jadi, kalau dia ingin kembali membuat persembahan untuk AJL34, kami terbuka menerimanya semula," kata Aepul kepada mStar.

Selain Aepul, Drama Band turut dianggotai oleh Adib (gitar), Daus (bes) dan Faeez (dram).

Kalau dia ingin kembali membuat persembahan untuk AJL34, kami terbuka menerimanya semula.

AEPUL ROZA

Vokalis kumpulan Drama Band

Lagu Drama Band yang berjudul Drama merupakan antara 12 lagu yang berjaya bertanding di pentas AJL 34 bakal diadakan tidak lama lagi.

Selain itu, 11 lagu lain turut terpilih ialah Anta Permana yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sumpah (Naim Daniel), Kisah Cinta Kita (Hafiz Siup), Ku Bersuara (Ernie Zakri), Bangun (Aman Ra) dan Ragaman (Fairuz Misran).

Manakala Rampas (Akim & The Majistret), Dinda (Kugiran Masdo), Peneman (Hazama The Penglipurlara), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) dan Sumpah (Aina Abdul) turut layak ke pentas AJL 34.

Dalam pada itu, Aepul memberitahu dia terkejut apabila Drama dipilih sebagai lagu terbaik dan berjaya melayakkan ke pentas anugerah berprestij itu biarpun pada awalnya dikecam.

Drama Band bakal beraksi di pentas AJL34.

"Jujurnya, kami terkejut apabila Drama dipilih sebagai lagu terbaik kerana masing-masing memang tidak menyimpan harapan tinggi.

"Alhamdulillah... Rezeki berpihak kepada kami dan pastinya juri mempunyai sebab tersendiri untuk memilih Drama.

"Biarpun pada peringkat awal dahulu lagu ini dikecam, ramai juga yang memberikan komen mereka menyukai lagu itu. Tidak kurang yang menyifatkan, mesej lagu kami menarik,” ujarnya.

Drama Band , Aepul Roza

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain