Tindakan Fasha Sandha mahu cuci najis ibu undang sebak Roslan Shah - “Wanita seperti dia susah nak cari” - Hiburan | mStar

Tindakan Fasha Sandha mahu cuci najis ibu undang sebak Roslan Shah - “Wanita seperti dia susah nak cari”

Roslan sebak di atas kesanggupan Fasha mencuci najis ibunya yang sedang sakit.

PENGACARA Roslan Shah memberitahu dia tidak menyangka pelakon popular seperti Fasha Sandha seorang yang berhati mulia.

Menurut Roslan, 49, dia terharu apabila aktres berkenaan sanggup menawarkan diri untuk mencuci najis ibunya yang sedang sakit ketika melawat ke kediamannya di Singapura, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lega... Batu dalam perut ibu berjaya dibuang - Roslan Shah

ARTIKEL BERKAITAN: “Hanya ada 6 bulan hingga setahun untuk hidup” - Selepas buang 12 biji batu, Ibu Roslan Shah disahkan hidap kanser perut tahap 4

"Wanita yang bernama Fasha Sandha yang statusnya seorang pelakon popular... tidak ramai yang tahu sifat, hati dan caranya. Ini bukan rekaan cerita ya. Allah saja yang tahu dan ini bukan untuk memuji caranya kerana datang ke rumah saya.

Fasha menawarkan diri untuk membantu mencuci najis ibu kepada Roslan Shah.

"Semasa di bilik ibu saya membuang air besar. Apabila Fasha Sandha tahu ibu saya membuang air besar, dia dengan ikhlas hatinya masuk ke bilik ibu saya dan nak membantu saya basuh dan menukar pampers. Dari situ saya tersentuh dan sebak dalam hati tetapi saya diamkan diri saja," ujarnya.

Katanya, biarpun bukan ahli keluarga, tapi pelakon itu sanggup melakukan perkara yang disifatkan kotor.

Roslan itu memuat naik sebuah entri bercerita mengenai kebaikan Fasha di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Menurut Roslan, dia bagaimanapun tidak mengambil kesempatan di atas keikhlasan pelakon itu sebaliknya lebih selesa menguruskan hal itu sendiri.

Ini bukan membodek atau memuji melambung. Bagi saya inilah wanita yang waktu susah kita nak cari. Tak ramai yang boleh buat.

ROSLAN SHAH

Pelakon

Kata Roslan, tindakan Fasha itu bagaimanapun benar-benar memberi kesan kepadanya.

"Bagaimanapun saya menghalangnya kerana Fasha Sandha adalah tetamu. Saya dan kakak tercintalah yang menguruskan ibu untuk membersihkan dan menukarkan pampersnya.

"Ini bukan membodek atau memuji melambung. Bagi saya inilah wanita yang waktu susah kita nak cari. Tak ramai yang boleh buat," tulisnya lagi.

Fasha Sandha , Roslan Shah

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain