Tahniah! Wawa Zainal, Aeril Zafrel timang cahaya mata ketiga

Tahniah! Wawa selamat melahirkan anak ketiga mereka.

PASANGAN selebriti Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafrel menimang cahaya mata ketiga selepas aktres itu selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Andorra Wanita dan Kanak-kanak, Shah Alam pada Ahad.

Menurut Aeril, dia berasa bersyukur di atas kelahiran itu selain turut berterima kasih kepada yang mendoakan proses bersalin itu berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril dan Wawa Zainal menanti bayi perempuan, pilih nama Ayasoffya sempena masjid bersejarah di Turki

“Alhamdulillah, terima kasih semua atas doanya,” tulisnya ringkas.

Aeril Zafrel dan Wawa sambut kelahiran anak ketiga.

Aeril mengumumkan mengenai khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya pada petang Ahad.

Dalam pada itu, Aeril teruja memberitahu, wajah anak ketiganya itu saling tidak tumpah seperti isterinya.

“Muka dia sebiji macam Wawa Zainal,” katanya.

Wawa sebelum ini mengumumkan nama anak ketiganya itu adalah Aya Soffya dan dipilih bersempena nama sebuah masjid di Turki.

Kehadiran bayi ketiga itu semestinya menjadi amat bermakna bagi keluarga selebriti ini selepas hampir empat tahun menantikan zuriat tersebut.

Pasangan itu mengumumkan kehamilan sekitar April lalu.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan turut dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Wawa Zainal, Aeril Zafrel

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain