Drama Band ‘attack’ Aliff Syukri dengan Baby Shima? - “Kalau ada yang terasa, kami minta maaf” - Hiburan | mStar

Drama Band ‘attack’ Aliff Syukri dengan Baby Shima? - “Kalau ada yang terasa, kami minta maaf”

Drama Band dikatakan menyindir Aliff Syukri dalam MV terbaharu lagu mereka berjudul, Satu-Satu.

NAMA kumpulan Drama Band kembali menjadi perbualan netizen apabila kali ini mereka dikatakan menyindir usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi Baby Shima dalam video muzik (MV) terbaharu Satu-Satu.

Menurut vokalis kumpulan tersebut iaitu Aepul Roza, segala perjalanan cerita dan watak yang diwujudkan dalam MV tersebut hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan sesiapa.

"Betul ke ada kaitan dengan mereka berdua? Rasanya tak... sebab cerita dalam MV itu hanya rekaan semata-mata. Tapi kalau ada sesiapa terasa, terpulanglah!

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya, Haqiem bersuara isu sindir dalam muzik video, Drama Band tak boleh buat apa

ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Drama Band ‘buat hal’ lagi, kali ini sindir Aliff Aziz curang pula

"Mungkin kita terlepas pandang sampai ia dikaitkan dengan orang lain pula. Apa-apa pun kalau ada yang terasa, kami minta maaflah!," katanya kepada mStar.

MV mengisahkan mengenai sikap segelintir individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar populariti dan harta dimuat naik di laman Youtube pada Isnin lalu.

Beberapa babak di dalam MV itu didakwa menyindir Aliff Syukri.

Bagaimanapun, ada penonton berpendapat perjalanan cerita dalam MV tersebut seakan-akan menyindir Aliff Syukri dan Baby Shima.

"Macam kisah Datuk Aliff Syukri dengan Baby Shima je ni. Kita tunggu dan lihat dia orang balas tak?

"Baguslah Drama band ni buat lagu fasal zaman sekarang, zaman orang ketagih populariti demi duit poket masing-masing.

Ahli kumpulan Drama Band.

"Macam perli seorang Datuk tu je... sama dengan golongan yang tak kisah aibkan diri sendiri, buat salah tapi anggap semua tu sekadar benda biasa yang tak perlu dipersoalkan. Masyarakat sekarang patutnya ubah pemikiran yang singkat ni," komen penonton.

Dalam pada itu, Aepul menafikan dakwaan kononnya mereka sengaja mencipta kontroversi dengan mengaitkan jutawan berkenaan sebagai gimik untuk mempromosikan lagu tersebut.

Menurut Aepul, banyak mesej tersirat dalam MV berkenaan yang boleh dijadikan pengajaran.

Hubungan Aliff Syukri dan Baby Shima dingin sehingga tercetusnya pergaduhan pada Ogos lalu.

"Nak kata gimik... tidaklah! Kita dah pernah beritahu setiap lagu yang dihasilkan ada mesej mengenai isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.

"Kita harap penonton dapat mengambil iktibar dan menerima mesej yang disampaikan dengan baik, tambahan pula sekarang ini zaman media sosial, macam-macam benda boleh berlaku," katanya.

Satu-Satu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Drama Band dan muzik diiringi AG Coco.

Sebelum ini, Drama Band didakwa membuat sindiran dalam MV lagu mereka mengaitkan kontroversi beberapa artis antaranya Haneesya Hanee, Haqiem Rusli dan Aliff Aziz.

Drama Band , Aepul Roza , Aliff Syukri , Baby Shima

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain