suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbit mStar TV tamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan

Ariff selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya.

PENERBIT mStar TV, Ariffuddin Ishak selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, Humaira Mohamad Don pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Dewan Sri Tebrau, Johor Bahru kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ariff, 36, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan wang hantaran sebanyak RM10,000.

Ariff menyarungkan cincin di jari manis isterinya.

Ariff dan Humaira berkenalan sejak setahun lalu.

Pasangan tersebut akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri di lokasi sama pada tengah hari Ahad.

Majlis bertandang di rumah pengantin lelaki akan berlangsung pada 14 Disember depan di Pulau Pinang.

nikah, kahwin

Artikel Lain