suria

Drummer Drama Band, isteri dan anak usia 6 bulan positif Covid-19, masih tunggu giliran dipanggil KKM - “Berat ujian untuk kami terima...”

Rea, penyampai radio Kool FM mengesahkan dia, suami dan anak disahkan positif Covid-19.

SELEPAS vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza disahkan positif Covid-19, kali ini berita dukacita itu turut diterima seluruh ahli keluarga pemain dram kumpulan tersebut, Faeez Ikhwan.

Faeez dan isterinya, penyampai radio Kool FM, Rea serta anak perempuan mereka, Dhia Madeena yang baru berusia enam bulan turut disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong dan suami serta Aepul (Drama Band) disahkan positif Covid-19 - “Walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tak tahu ada atau tak virus itu”

Mereka sekeluarga kini menjalani kuarantin di rumah sementara dipanggil untuk mendapatkan rawatan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Rea atau nama sebenarnya, Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad yang berkongsikan berita itu menerusi laman Instagramnya akur dengan ujian berat yang menimpa sekeluarganya.

"Salam semua, berita yang amat mendukacitakan buat kami sekeluarga. Saya, suami dan anak disahkan positif Covid-19.

Rea berkongsikan khabar dukacita itu di laman Instagramnya.

"Berat ujian ini untuk kami terima kerana anak kami masih kecil dan tak tahu apa-apa.

"Ya Allah besar sungguh dugaanMu ya Allah. Kami terima ya Allah. Allah uji tandanya Allah sayang.

"Kami semua kuarantin dirumah dan masih menunggu panggilan daripada KKM," katanya.

Salam semua, berita yang amat mendukacitakan buat kami sekeluarga. Saya, suami dan anak disahkan positif Covid-19.

REA

PENYAMPAI RADIO KOOL FM

Menceritakan lebih lanjut bagaimana mereka sekeluarga boleh dijangkiti wabak tersebut, Rea berkata, Faeez merupakan kontak rapat kepada seorang rakannya yang telah disahkan positif Covid-19 minggu lalu.

"Kepada yang bertanya, Faeez merupakan kontak rapat dengan kawan yang positif. Sabtu lepas dia bergejala batuk dan demam.

"Ahad dan Isnin, Dhia demam dan saya mula bergejala sejak hari Isnin.

"Setakat ini kami dah makan ubat dan ambil vitamin, kami masih dalam keadaan baik kecuali suami yang masih batuk-batuk," ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada Khamis, selain Aepul, pelakon Emma Maembong dan suaminya, Shazli Azhar turut disahkan positif Covid-19 walaupun tidak mengalami sebarang simptom.

Sebelum ini, beberapa selebriti antaranya Ashraf Muslim, PU Riz, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar dan Shima Anuar disahkan positif Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain