suria

PU Azman berdepan hukuman sebat jika sabit kesalahan, didakwa 3 lagi pertuduhan baharu

Azman mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

BELUM selesai kes lama, muncul pula tuduhan baharu. Itulah nasib PU Azman selepas dia didakwa atas tiga lagi pertuduhan amang seksual dan kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki.

Kesemua pertuduhan di buat di mahkamah Klang iaitu masing masing dua pertuduhan Mahkamah Sesyen semenara satu pertuduhan di mahkamah Majistret melibatkan dakwaan melakukan amang seksual secara fizikal yang dilakukan pada 20 Februari dan 10 Jun lalu di Sungai Udang.

Azman atau mesra dengan sapaan Cik Man, 41, didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan.

Dia juga didakwa menggalakkan komunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp dengan dituduh mengikut Seksyen 11 (1)(b) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

cik man sban 1

Azman turut dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban.

Kes berkenaan melibatkan dua mangsa remaja lelaki berusia 17 tahun.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret pula, Azman berdepan dengan tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Sungai Bertek, Klang pada 10 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman didakwa atas 5 pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap 2 remaja lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman muncul selepas sebulan hilang namun kelihatan agak cengkung

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 337d Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan sehingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala pendakwah berkenaan diwakili peguam Fahmi Adilah.

Azman mengaku tidak bersalah atas kesemu pertuduhan tersebut.

Mahkamah membenarkan jaminan keseluruhan sebanyak RM24,000 bersama seorang penjamin dan syarat tambahan tidak menganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan bermula Disember.

Sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 12 Januari 2023.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain