suria

[V] Fyna Jebat serah kepada polis insiden diserang madu, fokus terhadap Famili Duo tak terganggu

PENYANYI Fyna Jebat memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai insiden dia diserang oleh madunya, Datin Zalina Zaini di sebuah restoran mamak di Shah Alam pada 23 Januari lalu.

Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 30, berkata, buat masa ini dia menyerahkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

"Tiada apa yang boleh saya kongsikan, biarlah saya serahkan kepada pihak berwajib. Itu sahaja," katanya kepada mStar.

Fyna berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selepas persembahan program Famili Duo minggu minggu ketujuh yang diadakan di Studio 2, Sri Pentas Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam Ahad.

Fyna serah sepenuhnya kes kepada pihak polis.

Dalam pada itu, Fyna berkata, fokusnya terhadap Famili Duo tidak terganggu meskipun banyak kontroversi melibatkan dirinya sejak muncul dalam pertandingan itu.

"Saya tidak terganggu. Saya fokus dengan pertandingan Famili Duo sebab kakak saya banyak berhabis dan pasukan kami juga dah banyak bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlaku perang mulut, tarik rambut... Fyna Jebat didakwa kena serang madunya di kedai mamak

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki akhirnya terjawab, Fyna Jebat mengaku sudah berkahwin dengan Zainal Abidin

“Saya terlalu sayangkan Famili Duo, jadi saya akan kekal fokus untuk memberikan persembahan sepenuh hati saban minggu," katanya lagi.

Terdahulu, Fyna mengaku bahahwa dia sudah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan.

Enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan tersebut, Fyna bagaimanapun memohon orang ramai mendoakan kebahagian mereka.

Fyna Ayda

Fyna dan Ayda sekali lagi bergelar juara mingguan dan mara ke peringkat akhir minggu depan.

Susulan itu, dia juga terpalit dengan kontroversi selepas didakwa terlibat dengan pergaduhan bersama madunya selepas persembahan Famili Duo minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bekas bintang bola sepak terkenal berkenaan.

Iqbal juga memberitahu isteri pertama Zainal dikatakan menarik rambut madunya hingga membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran di luar premis tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain