suria

Teka-teki akhirnya terjawab, Fyna Jebat mengaku sudah berkahwin dengan Zainal Abidin

Fyna akhirnya mengaku sudah berkahwin.

TEKA-TEKI hubungan penyanyi Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin Hassan, 61, akhirnya terjawab apabila dia mengaku sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC yang juga merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu.

Berterima kasih kepada peminat yang menitipkan ucapan tahniah, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, meminat orang ramai mendoakan kebahagiannya.

fyna - 1

Fyna enggan mengulas lanjut tentang pernikahannya.

"Alhamdulillah saya sudah bernikah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen baik.

"Harap doakan kami dan keluarga kami," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana dedah sudah nikah Dr Che Hafiz 14 Disember lalu, minta doa dapat jadi pasangan sejati

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa menikah? Alha Alfa kongsi foto pakai baju pengantin siap ucap tahniah

Fyna berkongsi khabar gembira itu selepas selesai melakukan persembahan di program Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Enggan mengulas lanjut, Fyna juga memaklumkan bahwa suaminya memberi sokongan penuh terhadap penyertaannya di Famili Duo.

Alhamdulillah saya sudah bernikah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen baik.

FYNA JEBAT

PENYANYI

"Maaf buat masa sekarang itu sahaja. Dia menyokong penuh saya, sebab itu saya menang minggu ini," ujarnya.

Sebelum ini, khabar angin tentang perkahwinan Fyna bersama suaminya menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang kenyataan.

Untuk rekod, Zainal Abidin berkahwin kali pertama pada tahun 1980 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain