suria

Wah hebat nampak? Ini video mirip Aliff Aziz! Shooting ke tu?

Lelaki dikatakan mirip Alif Aziz dilihat sedang berhibur.

DUNIA hiburan dikejutkan dengan rakaman video memperlihatkan seorang lelaki mirip penyanyi Aliff Aziz sedang berhibur dan ia kelihatan seperti di sebuah kelab malam.

Menerusi informasi daripada individu yang menghantar rakaman itu, video tersebut dirakamkan di kelab malam terkenal di ibu negara sekitar pukul 5 pagi.

"Saya nampak pemuda seperti Aliff Aziz keluar kelab dengan perempuan tak tahu siapa tapi bukan isteri dia.

WhatsApp Image 2023-01-08 at 7.35.00 PM (2)

Antara yang sempat dirakam oleh sumber.

"Saya nampak sekitar jam 5 atau 5.30 pagi tadi," ujar individu itu.

Menerusi rakaman yang dikongsi, pemuda mirip Aliff Aziz itu mengenakan jaket jeans biru ditemani seorang wanita yang memakai baju berwarna merah.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Masih buat babak sentuh pelakon wanita, Aliff Aziz hanya hamba lemah - "Jangan tegakkan benang yang basah"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hubungan dengan Aliff Aziz bermasalah, bertarung lembaga hitam dan mimpi didatangi ular... Bella Astillah terkena sihir pemisah

Dalam video itu dia dilihat seronok menikmati suasana di kelab malam.

Usaha mStar mendapatkan pengesahan dan komen lanjut daripada Aliff berhubung video miripnya itu gagal apabila panggilan dibuat tidak berjawab.

Bagaimanapun mStar beranggapan ia berkemungkinan penggambaran drama dan individu yang menghantar video berkenaan bertujuan mahu menjadikan ia tular.

Mana mungkin Aliff Aziz melakukan perkara tidak baik kerana pada tahun lalu dia banyak berkongsi kisah penglibatannya dengan aktiviti agama Islam dan mula berubah ke arah kebaikan.

@mstarmalaysia Wahhh, Aliff Aziz tengah shooting drama ke tu? #BeritaDiTikTok #mStar ♬ original sound - mStar Official

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain