suria

“Bukan aku bawa mereka ke Thailand” - Fara Salleh kena tempias berita Syamsul dan Ira kahwin, rayu netizen henti kecam dirinya 

Nama Fara Salleh jadi sebutan netizen gara-gara isu Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

DALAM kekecohan isu pengarah Syamsul Yusof mendedahkan sudah berkahwin dua pada Jumaat lalu, wanita yang pernah dikaitkan dengan pelawak Shuk Sahar iaitu Farah Salleh juga terkena tempias.

Ekoran kontroversi tersebut, Fara mendedahkan dia tidak dapat hidup dengan tenang kerana diburu netizen selain menerima pelbagai mesej berbentuk kecaman atas perkara yang tidak ada kena mengena dengan dia.

Malah kata Fara, dia yang tidak berapa sihat sejak beberapa hari lalu, terpaksa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Entah apa la yang korang cari pada aku. Aku dekat hospital sampai 3 pagi malam tadi. Aku sepatutnya ditahan sebab dah empat hari tak sedap badan.

Fara Salleh kesal jadi mangsa kecaman isu Syamsul dan Ira Kazar.

"Dan aku juga dapat banyak kecaman disebabkan isu Ira Kazar dan Sol (Syamsul).

"Sejujurnya, aku tak terlibat dan tak tahu mengenai dia orang. Bukan aku yang bawa dia orang ke Thailand dan aku tak kerja sebagai imigresen yang cop pasport dia orang atau kadi dia orang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar, minta Puteri Sarah selesai kemelut rumah tangga tanpa buka aib

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar kongsi foto tunai umrah tapi komen Fara Salleh pula jadi perhatian... netizen doa ‘semoga cepat berjodohan’

Fara berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Ahad yang turut memaparkan tangannya di cucuk jarum branula semasa menerima rawatan di hopsital.

Kesal dengan apa berlaku, Fara meminta agar netizen berhenti mengecam dirinya dan kembali semula ke pangkal jalan.

"Tolong berhenti hantar mesej berbentuk kecaman kepada aku. Aku ada hidup aku sendiri dan aku tak ambil peduli dengan hidup orang lain.

Fara Salleh didakwa pernah jadi orang ketiga dalam rumah tangga Shuk Sahar dan isteri.

"Untuk netizen, sila cari Allah SWT daripada cuba cari dosa orang lain," katanya lagi.

Terdahulu, nama Fara pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera sekitar dua tahun lalu.

Malah sehingga kini status rumah tangga Shuk dan isterinya masih menjadi tanda tanya peminat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain