suria

Tak salah lelaki bernikah lebih tapi perlulah adil...  Isteri pula jangan aibkan suami, elak dekati orang batu api – PU Syed

Syed (kanan) kongsi pandangan isu poligami.

PENDEDAHAN pengarah Syamsul Yusof yang berkahwin dua mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat juga rakan-rakan selebriti tempatan.

Kebanyakan meletakkan salah pada bahu Syamsul kerana berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama sehinggalah kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah Liyana itu menjadi semakin parah.

Berkongsi pendapat tentang isu poligami, Pencetus Ummah (PU) Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 41, berkata, mana-mana lelaki yang ingin berkahwin dua atau lebih haruslah menepati syarat ketat iaitu mampu daripada segi zahir dan batin serta boleh bersikap adil.

"Islam membenarkan lelaki bernikah lebih daripada seorang namun kebenaran ini datang dengan syarat yang ketat.

Syamsul mendedahkan sudah berkahwin kali kedua.

Syamsul mendedahkan sudah berkahwin kali kedua.

"Mereka mestilah berkemampuan dari sudut zahir dan batin. Mereka juga perlu adil mengurus masa untuk para isteri dan anak-anak, menghargai mereka dan bukan hanya terpesona dengan yang 'baharu' sahaja.

"Ada dalam kalangan lelaki yang anggap perkara ini hanya sekadar syarat tanpa memberi kesan jika mereka mahu berpoligami.

"Maka akan timbullah krisis rumah tangga yang akhirnya bukan menambah berkat, sebaliknya mencipta musibah," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar, minta Puteri Sarah selesai kemelut rumah tangga tanpa buka aib

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah minta Syamsul tak berlagak suci, anak-anak boleh jadi saksi selalu tiada di rumah

Sementara itu, Syed memberitahu seseorang isteri pula tidak sepatutnya mendedahkan kemelut rumah tangga mereka kepada khalayak sehingga boleh mendatangkan aib kepada suami sendiri.

Syed berpendapat jika wanita berdepan dengan isu poligami seperti mana berlaku kepada Syamsul dan Puteri Sarah, mereka seharusnya mencari orang terdekat yang boleh memberi nasihat dan bukannya menjadi batu api serta boleh menghancurkan kebahagiaan seseorang.

"Tatkala mendapat khabar suami berpoligami janganlah terkejut, menangis, mengamuk serta buat perkara-perkara yang boleh menimbulkan keaiban.

Tatkala mendapat khabar suami berpoligami janganlah terkejut, menangis, mengamuk serta buat perkara-perkara yang boleh menimbulkan keaiban.

PU SYED

PENDAKWAH BEBAS

"Habis semua cerita suami didedahkan semata-mata untuk memuaskan hati sendiri. Apa lagi sekarang ini menjadi tempat luahan hati, dari orang tidak tahu, jadi tahu tentang isu rumah tangga.

"Bagi yang dimadukan, jangan rasa ini pengakhiran hubungan anda. Carilah rakan yang boleh menasihati dengan baik dan bukan ingin melihat rumah tangga anda hancur berkecai," jelasnya.

Pada Jumaat, Syamsul mengumumkan dia telah bernikah dengan Ira Kazar yang merupakan anak perempuan kepada pelakon Kazar Saisi di Thailand.

Sarah minta Syamsul terus jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Sarah minta Syamsul terus jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Dalam masa sama, menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Puteri Sarah mendakwa Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah dan sukar untuk mereka berkomunikasi membincangkan masalah rumah tangga.

Kisah antara Syamsul dan Ira hangat diperkatakan apabila pelakon itu sebelum ini membuat pendedahan madunya itu menjadi perosak dalam rumah tangga mereka.

Malah dia juga sebelum itu mengambil tindakan mahkamah terhadap Ira atas tuduhan tersebut selain banyak berkongsi kisah perit yang dilalui selama empat tahun rumah tangganya bermasalah.

Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah 4 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain