suria

“Tak ada fasal nak cari dia” - Yusof Haslam tiada perancangan jumpa Kazar Kaisi, letih isu Syamsul kahwin dua

Yusof tidak berhubung dengan Kazar.

PENERBIT Datuk Yusof Haslam menjelaskan tiada sebarang keperluan untuk dia menghubungi atau berjumpa besannya iaitu pelakon Kazar Saisi bagi membincangkan isu perkahwinan anaknya Syamsul Yusof dengan Ira Kazar.

Yusof, 69, berkata, masalah yang timbul tiada kena mengena dengan dirinya selain tidak mahu masuk campur urusan anaknya itu.

"Saya tiada langsung telefon dia (Kazar) atau dia hubungi saya. Tak ada fasal saya nak cari dia.

"Itu masalah mereka, saya tak masuk campur," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

yusof1 - 1

Kenyataan Fatimah yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, Yusof turut enggan mengulas mengenai kenyataan isterinya, Datin Patimah Ismail yang membuat kenyataan tidak akan memaafkan Kazar yang didakwa membantu Ira berkahwin dengan Syamsul di Thailand.

Kata Yusof, dia menganggap kenyataan dibuat isteri sebagai hak peribadi dan enggan masuk campur.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 'throwback' gambar lama Syamsul dan Puteri Sarah... Tak maafkan individu cuba runtuh rumah tangga orang

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah mampu rawat hati sendiri, tapi tak sanggup lihat mentua menangis kerana Syamsul Yusof

"Maaf, mengenai perkara itu saya tak mahu ikut campur kerana itu hak dia," ujarnya.

Sementara itu, Yusof memberitahu dia sudah tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang masih tiada penyelesaian dan berharap anaknya itu dapat selesaikan sendiri.

"Saya sudah letih untuk memberikan komen. Ramai yang bertanyakan saya tentang ini. Cukuplah dengan apa yang saya telah kongsikan sebelum ini.

Saya tidak langsung menghubunginya atau dia hubungi saya. Tak ada fasal la saya nak cari dia.

YUSOF HASLAM

PENERBIT

"Bagi saya, Syamsul sebagai lelaki biarlah dia buat urusan hidup dia sendiri. Saya tidak lagi mahu bercakap tentang soal ini," katanya.

Terdahulu, Yusof meluahkan rasa kecewa apabila Syamsul tidak berbincang terlebih dahulu untuk berkahwin dengan Ira Kazar.

Bagaimanaupun, Yusof reda dengan keputusan dibuat Syamsul dan berharap agar anaknya itu tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan dua cahaya mata mereka iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain