suria

Berlaku perang mulut, tarik rambut... Fyna Jebat didakwa kena serang madunya di kedai mamak

Fyna didakwa bergaduh dengan isteri pertama Zainal.

BELUM reda isu bergelar isteri kedua kepada Datuk Zainal Abidin Hassan, penyanyi Fyna Jebat terpalit pula dengan kontroversi selepas didakwa terlibat dengan pergaduhan bersama madunya iaitu isteri pertama bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an itu pada awal pagi Isnin.

Insiden itu dipercayai berlaku selepas Fyna dikatakan singgah di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam selepas selesai mengadakan persembahan Famili Duo siaran TV3.

Sumber memberitahu mStar, kekecohan berlaku apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fyna yang berada di restoran tersebut.

"Semalam tengah melepak, tiba-tiba isteri kedua itu kena serang dengan isteri pertama.

fyna1 - 1

Fyna mengakui sudah berkahwin dengan Zainal.

"Apa yang saya dengar, dia menggelar Fyna dengan kata-kata kesat sebelum kedua-duanya berperang mulut," kata sumber itu kepada mStar.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan kepada wartawan Majoriti, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bekas bintang bola sepak terkenal berkenaan.

Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki akhirnya terjawab, Fyna Jebat mengaku sudah berkahwin dengan Zainal Abidin

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu buat Sissy Iman menangis, netizen pula tak puas hati - "Angin semacam malam ini"

"Pengadu kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.18 pagi Isnin sejurus selepas kejadian pergaduhan," katanya.

Dalam pada itu, Iqbal juga memberitahu isteri pertama Zainal dikatakan menarik rambut madunya hingga membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran di luar premis berkenaan.

Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi berkenaan kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.

fyna3 - 1

Fyna enggan mengulas lanjut tentang perkahwinannya.

"Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan tersebut disebabkan suspek berasa tersindir dengan kenyataan pengadu dalam program Famili Duo.

"Dia juga marah kepada pengadu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya," ujar beliau.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk menghubungi Zainal dan Fyna tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Sebelum ini Fyna atau nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29, membuat pengakuan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC yang juga merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Enggan mengulas lanjut tentang perkahwinan tersebut, Fyna bagaimanapun memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain