PELAKON Norish Karman kini membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila bergelar tenaga pengajar di sebuah universiti swasta bermula tahun ini.
Berkongsi perkara itu, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman, 51, berkata keputusan untuk menceburi bidang akademik dibuat kerana ingin menyumbang ilmu dan pengalaman yang dikutip sepanjang penglibatannya dalam dunia seni serta industri kreatif kepada generasi muda.
“Buat masa ini saya memang lebih kepada bidang akademik dan sekarang saya sudah menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti swasta… Saya nak berbakti kepada masyarakat terutamanya nak bentuk generasi muda.
“Sebelum ini memang saya sudah mengajar sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu tapi sekarang tahun 2025 saya mulai aktif kembali untuk mengajar.
“Bukan tak ada tawaran berlakon tapi untuk jadi pensyarah ni sebab saya minat dan saya mengajar banyak subjek antaranya subjek bahasa, kawalan vokal, kesihatan dan lain-lain,”katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

































































































































































