KUMPULAN rock Search KidDin, memberitahu sehingga kini mereka masih lagi belum mempunyai vokalis tetap dan akan menggunakan khidmat Pasya Mentor sebagai vokalis sementara kumpulan berkenaan.
Menurut gitarisnya iaitu Din atau Nordin Mohd Taib, 62, Pasya akan bekerjasama mengadakan persembahan untuk Konsert Fenomena Samurai pada Disember nanti.
“Banyak sebenarnya penyanyi yang boleh menyanyi tetapi kami mahukan yang ada karakter sendiri, macam Pasya ni ada kriteria yang kami nak lagipun Pasya pernah berada bersama Search sebelum ini.
“Kami tidak memilih, janji sesuai dan boleh bawa lagu Search serta senang bekerjasama sebab kami sudah ada pengalaman, jadi apa salahnya berkongsi rezeki,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, Pasya pula memberitahu dia tidak berkecil hati meskipun ada dakwaan kononnya dia tidak layak bersama kumpulan berkenaan.
“Ini merupakan kali kedua saya bekerjasam dengan Search, sebelum ini di persembahan di Pulau Pinang, saya akan cuba berikan terbaik dan tidak berkecil hati pun dengan apa orang fikir soal saya bila masuk Search ni,” luahnya.
Dalam perkembangan lain, Search dan XPDC Militia bakal mengadakan persembahan di Konsert Fenomena Samurai pada 13 Disember depan di Kuching, Sarawak.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































