suria

Ustaz Don tak merajuk fokus dakwah guna media sosial, lebih dekat dengan masyarakat

SELAIN sibuk menguruskan perniagaan, pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal kini lebih selesa memberikan fokus dakwah menerusi platform digital.

Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 41, berkata kontroversi dilalui tahun lalu membuka ruang baharu buat dirinya untuk lebih aktif menghasilkan kandungan dakwah di media sosial.

Bukan sahaja lebih dekat dengan masyarakat, malah medium digital itu turut menerima sambutan luar biasa daripada pengikut.

“Alhamdulilah sekarang masih teruskan berdakwah, cuma di negeri Selangor saja tidak dibenarkan tetapi negeri lain masih teruskan macam biasa.

“Fokus saya sekarang tidak lagi tertumpu ke arah situ tetapi lebih kepada dunia yang lebih luas dan besar serta membolehkan saya berdakwah tanpa sempadan.

“Walau medium berbeza tapi saya teruskan berjalan melakukan dakwah kerana matlamatnya tetap sama,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi