suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Artis kantoi bercumbu busukkan nama industri, Zed Zaidi beri amaran... “Kalau nak buat, kau kahwin!”

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi memberi amaran kepada dua pelakon yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh iaitu bercumbuan ketika mengambil gambar di sebuah photobooth pusat membeli-belah agar tidak mengulangi perbuatan itu.

Menurut Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 44, sekiranya mereka mengulangi perbuatan sama, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pasangan berkenaan.

“Ini adalah amaran kepada artis baharu yang kejutan budaya dengan populariti. Saya ingatkan supaya kamu berhati-hati dengan tindak tanduk yang dilakukan sebab kita (selebriti) diperhatikan semua pihak.

“Kepada mereka yang bercumbuan itu, janganlah busukkan nama industri. Kalau nak buat lagi, terus kahwin sahaja lah. Jangan buat orang pandang industri kita ini negatif.

“Untuk tindakan, perkara ini masih belum lagi berbangkit. Jadi, saya bagi amaran dahulu kepada mereka sebagai peringatan. Kalau berulang lagi, baru saya pertimbangkan untuk ambil tindakan yang lebih berat,” katanya kepada mStar.

Pada 22 Ogos lalu, mStar melaporkan dua pelakon terkenal didakwa melakukan aksi tidak senonoh termasuk bercium mulut ketika mengambil gambar di photobooth sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi