suria

Shiha Zikir sedih sekumpulan penyanyi baharu ejek lenggok lagu tradisional... "Macam ini budak-budak sekarang"

PENYANYI Shiha Zikir menegur sikap segelintir penyanyi baharu yang didakwa memperlekehkan lenggok lagu tradisional ketika membuat persembahan.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan lagu tradisional perlu dipelihara, lebih-lebih lagi oleh penggiat seni sendiri.

“Saya hargai apabila penyanyi baharu ini berlumba-lumba nak tunjuk kehebatan mereka. Tapi bila dia buat berlebihan kepada lagu tradisional, sampaikan lenggok yang lebih-lebih dan reaksi muka seakan-akan geli, itu mengejek.

“Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku sebab lagu tradisional ini sepatutnya dijaga. Janganlah rendahkan lagu tradisional. Perkara itu buat saya sedih.

“Saya harap dengan hantaran yang dibuat itu, buatkan mereka sedar dan tidak ulangi perkara sama,” katanya kepada mStar.

Shiha memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa majlis pelancaran kilang produk penjagaan kulit dan kosmetik iaitu SFJ Group SDN BHD di Semenanjung Malaysia.

Dalam masa sama, Shiha juga dilantik sebagai duta rasmi bagi produk berkenaan selama tiga bulan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi