suria

Orang ingat kerana lakonan itu berkesan... Redza Rosli jawab kritikan asyik bawa watak klise

PELAKON Redza Rosli menganggap kritikan terhadap lakonannya dalam drama Setia Itu Mahal merupakan satu petanda watak berkenaan memberi kesan kepada penonton.

Meskipun sedikit terkesan dengan komen diterima, namun Redza, 33, memilih untuk melihat perkara itu daripada sudut positif dalam usaha memperbaiki mutu lakonannya.

“Netizen terbuka untuk cakap apa sahaja tapi mereka ini tidak faham. Kadang-kadang persiapan untuk masuk penggambaran itu tak cukup masa. Jadi, kita tidak dapat nak simpan rambut atau sebagainya.

“Saya ini tidaklah mahu fikir diri sendiri sahaja. Saya kena fikir juga orang belakang tabir. Takkanlah disebabkan saya minta untuk tunda masuk set (untuk persiapan fizikal), orang lain kena tunggu pula.

“Saya terima sahaja apa yang mereka cakap, tapi ambil dari sudut positif sahaja. Mereka ingat lakonan, rambut dan sebagainya itu maksudnya watak saya berkesan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi