suria

Tergerak hati ziarah pusara arwah Zara Qairina, Riezman Khuzaimi sebak sampai meremang bulu roma

PELAKON Riezman Khuzaimi berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila berkesempatan menziarahi pusara Allahyarham Zara Qairina di Sabah.

Kata Riezman, 55, suasana di kawasan perkuburan berkenaan membuatkan dia merasakan sesuatu yang cukup luar biasa.

“Kami tergerak nak melawat, masa itu tengah buat promosi filem, jadi kami putuskan untuk pergi. Perjalanan ambil masa tiga jam dan sangat mencabar.

“Setelah tiba di sana, memang aura dia lain. Masuk sahaja kawasan itu terus naik bulu roma. Bila nampak pusara, saya rasa sebak dan sayu. Saya automatik menangis bila sampai depan kubur,” katanya.

“Walaupun tak pernah jumpa, tapi saya rasa macam anak sendiri. Saya terus menangis. Tak tahu kenapa,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi