ANAK kepada gitaris Izo XPDC iaitu Arif XPDC memberitahu dia pernah menerima banyak mesej nakal daripada pengikut terutamanya wanita.
Arif atau Muhamad Arif, 28, berkata dia tidak melayan semua mesej tersebut sebaliknya hanya membiarkan saja kerana khuatir menjadi mangsa penipuan siber di media sosial.
“Saya rasa itu perkara biasa bila bekerja dalam bidang ini kan, saya cuba untuk melayan sebaik mungkin cuma memang ada mesej yang agak melampau sebenarnya.
“Zaman sekarang ni bahaya sebab ada yang akaun betul dan ada juga yang palsu jadi kena pandai jaga diri… saya tidak layan dan buka mesej tu hanya tengok macam tu saja.
“ Banyak sekarang ni kes godaan daripada peminat ni membuatkan saya takut dan alhamdulilah tidak pernah menerima godaan berat sewaktu depan-depan cuma di media sosial saja,”katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, XPDC dan Search bakal beraksi dalam sebuah Konsert Fenomena Samurai bertempat di Kuching, Sarawak pada 13 Disember depan.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































