suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerap bersama Shuib, ada cakap belakang tuduh Mamat Sepah nak menumpang

PELAWAK Mamat Sepah menegaskan hubungan akrabnya dengan Shuib bukanlah kerana kepentingan peribadi seperti yang didakwa segelintir netizen.

Mengulas perkara itu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 40, berkata dia sedikit pun tidak terasa dengan komen negatif, sebaliknya menganggap ia hanya salah faham.

Menurut Mamat, selepas lama terpisah hubungan mereka semakin rapat semula, tambahan ada menjalankan perniagaan bersama menjadikan lebih kerap berjumpa.

“Saya pernah dengar orang cakap saya menempel Shuib, saya sudah terpisah dengan dia 14 tahun dan sangat jauh, jadi bila Allah beri peluang serta rezeki buat bersama maka kenapa perlu menolak.

“Mulut-mulut orang diluar sana memang nampak cemburu cakap saya kaut kekayaan Shuib, ya memang betul sebelum ini Shuib berjaya dalam perniagaan tapi sekarang bila Shuib sulit dalam perniagaan, jadi kena ada sentiasa untuk membantu.

“Orang nak cakap apa dekat saya, menempel kekayaan ke pedulikan sebab yang tahu hanya kami berdua saja,”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi