suria

Sharifah Zarina sedih tengok anak dikecam teruk, Athalia sampai berkurung dalam bilik

GARA-GARA kecaman melampau diterima, penyanyi Sharifah Zarina mendedahkan anak perempuannya, Athalia bertindak mengurungkan diri di dalam bilik.

Kata Zarina atau nama sebenarnya Sharifah Zarina Wan Hassan, 44, lebih menyedihkan apabila komen berbaur hinaan itu ditulis oleh seorang ibu yang turut mempunyai anak.

“Minggu ini sukar bagi kami anak beranak. Isnin lepas saya langsung tidak dapat berjumpa dengan Athalia walaupun kami serumah. Dia hanya duduk di dalam bilik sahaja.

“Komen baik itu kami terima, tetapi yang terlalu menyakitkan hati itu tidak boleh. Lagi-lagi apabila ada seorang ibu yang mempunyai anak komen minta Athalia mati dalam jamban,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Athalia turut mengakui komen tersebut merupakan antara yang paling kejam pernah diterimanya.

“Itu antara komen yang kejam pernah saya terima. Saya ini ada serangan anxiety. Saya tak minta pun untuk tidak terkesan dengan komen orang, tapi ia susah,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi