PERNAH atau tidak, secara tiba-tiba anda terasa bulu roma meremang tanpa sebab jelas, terutama ketika suasana sunyi atau saat tertentu terasa luar biasa?Keadaan yang juga dipanggil sebagai goosebumps ini tidak semestinya berpunca daripada cuaca sejuk atau rasa takut semata-mata. Dalam kepercayaan spiritual, ia dikatakan sebagai satu bentuk isyarat halus membawa maksud tertentu sama ada petunjuk, peringatan atau kebangkitan deria dalaman.Berikut enam makna sering dikaitkan dengan fenomena meremang secara tiba-tiba menurut portal India Of Times:1. Petanda kehadiran tenaga spiritualRasa meremang muncul secara mengejut sering dikaitkan dengan kehadiran tenaga tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Ada yang percaya ia berlaku ketika tenaga di sekeliling menjadi kuat, seolah-olah menerima petunjuk halus hingga membuatkan seseorang lebih peka terhadap perkara di luar kebiasaan.2. Intuisi (gerak hati atau naluri) mula aktifSetiap kali tubuh memberi reaksi meremang, ia boleh menjadi tanda intuisi sedang bekerja.Kebiasaannya ia muncul ketika seseorang hampir memahami sesuatu penting atau sedang berdepan pilihan besar.Perasaan halus ini boleh dianggap sebagai panduan dalaman.Suasana yang menakutkan juga boleh menyebabkan bulu roma meremang. -Gambar hiasan AI3. Isyarat daripada pelindung diriMeremang juga sering dikaitkan sebagai satu bentuk perlindungan diri menurut kepercayaan tertentu.Ada pandangan menyatakan keadaan itu membawa maksud seseorang tidak bersendirian, sebaliknya sentiasa berada dalam keadaan 'dipelihara' dan 'dipandu' oleh sesuatu tidak kelihatan.Apabila mengalaminya, ia boleh dijadikan ruang untuk berhenti seketika, menenangkan fikiran serta menilai situasi sebelum membuat keputusan.4. Deria keenam semakin pekaJika meremang berlaku ketika bermeditasi atau dalam keadaan tenang, ia mungkin tanda kepekaan dalaman semakin meningkat.Keadaan ini dikatakan membantu seseorang lebih mudah menangkap ‘tenaga’ di sekeliling.5. Hubungan dengan tenaga emosiRasa meremang ketika berdoa, berbual mendalam atau merenung sesuatu secara serius boleh dikaitkan dengan gelombang emosi kuat.Ia juga sering dianggap sebagai tanda seseorang perlu lebih terbuka terhadap mesej daripada diri sendiri, mimpi atau pengalaman batin.6. Petunjuk perubahan bakal berlakuAda juga yang mengaitkan rasa meremang dengan perubahan besar bakal terjadi.Tubuh seolah-olah memberi amaran awal supaya seseorang bersedia daripada segi emosi dan mental menghadapi apa yang akan datang.Babak ketika watak Peter mengalami situasi bulu roma meremang.Menariknya, konsep ini turut dipaparkan dalam dunia filem.Jika anda peminat Spider-Man: Far From Home, pasti tahu tentang keupayaan watak Peter Parker yang dibawa oleh Tom Holland apabila mampu merasakan bahaya sebelum ia berlaku.Dalam filem tersebut, deria istimewa itu pada asalnya dikenali sebagai Spider Sense, namun ada satu babak mencuit hati apabila ia dipanggil sebagai Peter Tingle.Babak itu kemudian menjadi tular dan sering dijadikan bahan jenaka dalam kalangan peminat.Walaupun disampaikan secara santai, idea di sebaliknya tetap sama iaitu tubuh memberi isyarat awal terhadap sesuatu situasi bakal berlaku.Ia seolah-olah memberi peluang kepada seseorang untuk lebih bersedia sebelum berdepan apa jua kemungkinan.Walaupun secara saintifik ia hanyalah tindak balas tubuh, ada yang melihat fenomena ini daripada sudut lebih mendalam.Apa pun tafsirannya, rasa meremang kadangkala mengingatkan kita bahawa tubuh dan perasaan mempunyai cara tersendiri untuk 'berkomunikasi'.