TELINGA merupakan antara deria paling penting dalam kehidupan seharian, namun sering kali kesihatannya diabaikan sehingga timbul gangguan yang menjejaskan kualiti hidup. Salah satu simptom yang kerap dipandang ringan ialah bunyi berdesing atau berdengung dalam telinga, walaupun hakikatnya ia boleh menjadi petunjuk kepada masalah lebih serius dalam sistem pendengaran. Menurut perkongsian Public Health Malaysia, keadaan telinga berdesing ini dikenali dalam istilah perubatan sebagai Tinnitus. Individu yang mengalaminya mungkin mendengar pelbagai jenis bunyi seperti 'ngiiii', siulan, dengungan, desiran atau denyutan, walaupun tiada sumber bunyi sebenar di persekitaran.Tinnitus sebenarnya bukanlah satu penyakit khusus, sebaliknya ia merupakan tanda bahawa terdapat sesuatu yang tidak normal sedang berlaku dalam sistem pendengaran seseorang.Tinnitus boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor, antaranya:1. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi yang terlalu kuat2. Sumbatan tahi telinga3. Jangkitan pada telinga4. Masalah pendengaran berkaitan peningkatan usia5. Kesan sampingan ubat tertentu6. Gangguan pada struktur telinga dalam7. Masalah pada salur darah dalam keadaan tertentuWalaupun bunyi tersebut tidak kelihatan secara fizikal, kesannya boleh memberi impak besar kepada individu:1. Gangguan tidur yang berpanjangan2. Kesukaran untuk fokus dalam aktiviti harian3. Tekanan emosi, termasuk rasa cemas dan cepat penat4. Keadaan menjadi lebih ketara apabila berada dalam suasana sunyiAda beberapa situasi yang memerlukan perhatian segera dan pemeriksaan lanjut:1. Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba2. Pening berputar (vertigo)3. Rasa penuh dalam telinga4. Keluar cecair dari telinga5. Sakit telinga6. Bunyi berdenyut mengikut degupan jantungDalam masa sama, orang ramai diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya mengorek telinga sendiri atau mengambil ubat tanpa mendapatkan diagnosis yang tepat.