MANDI sepatutnya membuatkan badan, termasuk ketiak berasa segar dan bersih. Namun jika ketiak masih berbau selepas mandi, ia biasanya ada kaitan dengan peluh dan pengumpulan bakteria pada kulit. Menurut Everyday Health, bau badan sebenarnya berlaku apabila peluh bercampur dengan bakteria di permukaan kulit. Peluh itu sendiri tidak berbau, tetapi interaksi dengan bakteria menghasilkan bau kurang menyenangkan.Tubuh manusia mempunyai dua jenis kelenjar peluh utama yang masing-masing memainkan peranan berbeza dalam tubuh.Kelenjar eccrine yang membantu menyejukkan badan melalui penghasilan peluh apabila suhu meningkat.Manakala, kelenjar apokrin yang terdapat di kawasan berbulu seperti ketiak dan menghasilkan peluh yang lebih mudah berbau apabila bercampur dengan bakteria pada kulit.Mandi boleh memberikan ketenteraman kepada individu. -Gambar hiasanBerikut antara punca ketiak masih berbau walaupun sudah mandi:1. Cara guna antipeluh (antiperspirant) yang salahAntipeluh lebih berkesan jika disapu pada waktu malam kerana kelenjar peluh kurang aktif dan bahan aktif lebih mudah menyerap. Deodoran pula hanya berfungsi untuk menutup bau, bukan menghalang peluh.2. Bulu ketiakBulu ketiak memerangkap peluh dan memberi lebih masa untuk bakteria membiak. Kawasan berbulu juga lebih sukar dibersihkan sepenuhnya.3. Pengumpulan bakteriaKetidakseimbangan bakteria pada kulit boleh menyebabkan bau berterusan. Penggunaan sabun atau pencuci badan yang sesuai serta memastikan ketiak kering sepenuhnya selepas mandi boleh membantu.4. PemakananMakanan tertentu seperti bawang putih, bawang merah, daging merah, makanan pedas, alkohol dan kafein boleh menyumbang kepada bau badan kerana meningkatkan peluh atau menghasilkan bau melalui perkumuhan.5. Kesan sampingan ubatSesetengah ubat boleh menyebabkan peluh berlebihan (hiperhidrosis), sekali gus menjadikan bau badan lebih ketara.6. Jangkitan kulitMasalah seperti bulu tumbuh ke dalam atau jangkitan pada folikel rambut boleh menyebabkan bau, terutama jika hanya satu bahagian ketiak terjejas.7. Masalah kesihatanKeadaan seperti diabetes, gangguan tiroid, penyakit buah pinggang atau hati juga boleh menyebabkan perubahan bau badan walaupun menjaga kebersihan diri dengan baik.Kesimpulannya, bau ketiak selepas mandi bukan semata-mata soal kebersihan, tetapi boleh dipengaruhi oleh faktor biologi, gaya hidup dan kesihatan. Jika masalah berlarutan, pemeriksaan lanjut disarankan bagi mengenal pasti punca sebenar.