MATA merah selepas bersalin boleh berlaku kepada ibu yang melahirkan secara normal, namun keadaan itu lazimnya tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendirinya.Berdepan situasi itu, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Olivia Passya yang selamat melahirkan cahaya mata pada 12 April lalu berkongsi pengalamannya. Menerusi rakaman yang dibuat pada 16 April iaitu selepas empat hari melalui proses bersalin, matanya masih kelihatan merah sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikutnya.Jelas Olivia menerusi video di Instagram [Tonton Video], keadaan tersebut berlaku akibat tindakannya memejamkan mata ketika meneran semasa proses kelahiran.Tindakan itu dilakukan secara refleks kerana menahan kesakitan kontraksi, sedangkan teknik yang betul adalah tidak memejamkan mata ketika meneran.Walaupun kelihatan membimbangkan, keadaan mata merah itu tidak menyebabkan sebarang kesakitan, malah tiada rasa janggal dirasai selain perubahan warna pada bahagian putih mata.Keadaan mata Olivia yang semakin pulih dikongsikan dalam hantaran pada Selasa.Tahap penglihatannya juga tidak terjejas selain dia masih mampu menjalani aktiviti harian seperti biasa termasuk naik tangga seawal hari kedua selepas bersalin.Terbaharu, menerusi perkongsian pada Selasa Olivia menunjukkan keadaan matanya yang semakin pulih apabila warna merah mula berkurangan dan bahagian putih mata kembali kelihatan.Pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Affendy Gunawan pernah menjelaskan mengenai situasi tersebut yang dikenali sebagai Subconjunctival Hemorrhage atau pendarahan subkonjungtiva.Keadaan itu boleh berlaku apabila pembuluh darah halus pada bola mata pecah akibat tekanan tinggi ketika proses meneran dalam kelahiran normal.Proses bersalin terbahagi kepada empat fasa utama iaitu fasa kontraksi dan pembukaan serviks, diikuti fasa kelahiran bayi, pengeluaran uri serta fasa pemulihan.Dalam fasa kedua, ibu biasanya berdepan kesakitan kontraksi yang kuat sehingga ada yang tidak dapat mengawal teknik meneran dengan betul.Kesilapan seperti meneran tanpa fokus ke bahagian perut serta memejamkan mata boleh meningkatkan tekanan pada kepala dan mata.Pembuluh darah di bahagian mata yang nipis menjadikannya mudah pecah apabila menerima tekanan mendadak atau trauma.Walaupun keadaan ini kelihatan menakutkan, ia sebenarnya tidak berbahaya dan hanya berlaku kepada sekitar 10 peratus ibu bersalin.