suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerap mengantuk sewaktu memandu? Mesti ramai tak tahu perlu ‘off’ seketika butang ini, bantu kawalan udara dalam kereta

Berehat seketika sekiranya mula rasa mengantuk ketika memandu. -Gambar hiasan AI

RASA mengantuk ketika memandu pada waktu malam bukan sekadar berpunca daripada keletihan atau kekenyangan, tetapi dipengaruhi keadaan dalam ruang kenderaan.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, suasana dingin dengan pendingin hawa pada tahap maksimum serta alunan muzik perlahan boleh mempercepatkan rasa mengantuk.

Ramai mengaitkan keadaan ini dengan faktor luaran, namun terdapat satu fungsi penting yang sering disalah guna iaitu mod recirculation pada sistem pendingin hawa.

Butang recirculation ialah ikon berbentuk kereta dengan anak panah melengkung di dalamnya.

Penggunaan berterusan menyebabkan udara dalam kabin hanya berlegar tanpa kemasukan udara segar.

Setiap kenderaan mempunyai butang recirculation. Foto Getty/ Tsuji

Daripada sudut sains, keadaan ini meningkatkan kepekatan karbon dioksida (CO2) kerana udara hembusan tidak diganti dengan oksigen baharu.

Apabila paras CO2 meningkat dan oksigen menurun, otak mengesan kekurangan bekalan oksigen lalu memperlahankan fungsi sekali gus mencetuskan rasa mengantuk.

Keadaan ini boleh membawa kepada fenomena microsleep, iaitu tertidur seketika tanpa sedar yang berisiko menyebabkan kemalangan.

Sehubungan itu, pemandu disaran memastikan pengudaraan baik dalam kenderaan.

Antaranya membuka sedikit tingkap setiap 45 minit hingga satu jam selama beberapa minit atau menukar kepada mod kemasukan udara luar secara berkala.

Langkah ini penting bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi dan mengurangkan risiko mengantuk ketika memandu.

Artikel Lain