suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan mengeluh duit PTPTN tak cukup... Pakar kewangan kongsi 5 cara pelajar jana pendapatan, langsung tak ganggu kuliah

Pelbagai jenis pendapatan sampingan boleh dilakukan pelajar. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) terpaksa bergantung sepenuhnya kepada duit pinjaman atau elaun bulanan untuk menampung kos pengajian dan perbelanjaan harian. 

Namun apabila harga barang dan kos sara hidup semakin meningkat, ramai yang mula mencari sumber pendapatan tambahan bagi mengurangkan beban kewangan.

Menurut perancang kewangan berlesen, Adam Zubir, pelajar sebenarnya mempunyai banyak pilihan untuk menjana pendapatan sampingan tanpa perlu mengabaikan tanggungjawab sebagai penuntut institusi pengajian tinggi. 

Malah katanya, perkembangan teknologi digital turut membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda memperoleh pendapatan mengikut kemahiran masing-masing.

Berikut antara cadangan yang dikongsikannya menerusi laman sesawang relevan.com.my.

Menjadi tutor atau tenaga pengajar sambilan dapat membantu menjana pendapatan sampingan. -Gambar hiasan AI

Menjadi tutor atau tenaga pengajar sambilan dapat membantu menjana pendapatan sampingan. -Gambar hiasan AI

1. Jadi guru tuisyen atau tutor

Jika mahir dalam subjek tertentu seperti Matematik, Sains atau Bahasa Inggeris, pelajar boleh menawarkan perkhidmatan sebagai tutor secara bersemuka atau dalam talian.

Menurut Adam, kelas melalui platform seperti Zoom atau Google Meet membolehkan tutor mendapatkan pelajar dari seluruh negara, malah kadar bayaran sekitar RM30 hingga RM50 bagi sesi dua jam juga dianggap berpatutan.

2. Sertai program dropship atau ejen jualan

Bagi pelajar yang berminat berniaga tetapi mempunyai modal terhad, sistem dropship boleh menjadi pilihan.

Menerusi kaedah itu, pelajar hanya perlu mempromosikan produk, manakala urusan pembungkusan dan penghantaran akan diuruskan oleh pembekal. 

Malah, terdapat program yang tidak memerlukan modal permulaan.

3. Manfaatkan kemahiran sebagai freelancer

Kemahiran seperti menulis, mereka bentuk grafik, menyunting video atau menterjemah boleh dijadikan sumber pendapatan melalui platform freelancing.

Adam berkata, pelajar digalakkan memilih projek yang bersesuaian dengan minat dan kemahiran supaya kerja dapat disiapkan dengan lebih berkualiti.

4. Buat kerja penghantaran secara sambilan

Pelajar yang mempunyai motosikal atau kereta juga boleh menjana pendapatan dengan melakukan penghantaran makanan atau barangan mengikut masa lapang.

Cara ini memberi fleksibiliti kerana mereka bebas menentukan waktu bekerja tanpa mengganggu jadual kuliah.

5. Cipta kandungan di media sosial

Bagi mereka yang gemar menghasilkan video atau kandungan kreatif, peluang sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh turut boleh dipertimbangkan.

Walaupun mengambil masa untuk membina jumlah pengikut, usaha yang konsisten mampu membuka peluang kerjasama bersama jenama dan menjana pendapatan.

Artikel Lain