RAMAI sedar hutang merupakan komitmen kewangan yang perlu diurus dengan bijak, namun tidak semua tahu strategi terbaik melangsaikannya tanpa membebankan diri.Perunding takaful, Abdul Razak berkongsi empat kaedah pengurusan hutang yang sering digunakan dalam perancangan kewangan, bergantung kepada situasi dan psikologi individu. Menurutnya, setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri, namun matlamat akhirnya tetap sama iaitu mengurangkan beban hutang secara sistematik dan berdisiplin."Bayangkan kita mempunyai hutang kereta sebanyak RM29,000; rumah RM300,000; motosikal RM5,000; dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM19,000."Katakanlah kita mempunya RM1,500 sebulan untuk langsaikan hutang-hutang tersebut. Jadi ini antara kaedah yang boleh digunakan," katanya di Threads.Penggabungan semua hutang di bawah satu pinjaman baharu antara keadah penyelesaian hutang. -Gambar hiasan AI1. Avalanche Technique (Fokus faedah tertinggi)Kaedah ini menekankan pembayaran hutang yang mempunyai kadar faedah paling tinggi terlebih dahulu.Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai hutang rumah (6 peratus), motosikal (4 peratus), kereta (3 peratus) dan PTPTN (1 peratus), fokus utama adalah melangsaikan hutang rumah dahulu.Menurutnya, bayaran minimum dibuat untuk semua hutang, manakala lebihan wang akan disalurkan kepada hutang paling tinggi faedah sehingga selesai sebelum beralih ke hutang seterusnya.Kaedah ini lebih menjimatkan dari segi jumlah faedah, namun boleh menguji motivasi kerana hutang besar mengambil masa lebih lama untuk dilangsaikan.2. Snowball Technique (Fokus baki terkecil)Berbeza dengan Avalanche, kaedah ini memberi tumpuan kepada hutang yang paling kecil dahulu seperti motosikal (RM5,000), diikuti PTPTN, kereta dan rumah.Menurut Abdul Razak, kaedah ini lebih memberi kesan psikologi positif kerana individu dapat melihat hutang selesai dengan lebih cepat.Namun, dari sudut matematik kewangan, ia mungkin menyebabkan pembayaran faedah yang lebih tinggi dalam jangka panjang.3. Debt Consolidation (Penyatuan hutang)Kaedah ini melibatkan penggabungan semua hutang di bawah satu pinjaman baharu dengan kadar faedah lebih rendah, contohnya sekitar 5 peratus.Pihak bank akan melangsaikan semua hutang sedia ada, dan peminjam hanya perlu membayar satu komitmen bulanan sahaja.Walaupun lebih mudah dipantau dan mengurangkan tekanan kewangan bulanan, ia boleh memanjangkan tempoh pembayaran balik.4. Snowflake Technique (Wang tambahan)Kaedah ini pula menekankan penggunaan setiap wang tambahan yang diperoleh untuk melangsaikan hutang.Antara contoh ialah pendapatan kerja sampingan, jualan barang terpakai atau kerja gig seperti penghantaran makanan.Menurutnya, kaedah ini sangat berkesan jika digabungkan dengan Avalanche atau Snowball kerana ia mempercepatkan proses pengurangan hutang.Dalam pada itu, Abdul Razak menasihatkan orang ramai supaya tidak menambah hutang baharu untuk membayar hutang lama, apatah lagi melalui pinjaman tidak berlesen seperti ah long atau kredit komuniti yang boleh menjerat kewangan.Katanya lagi, tahap hutang yang sihat seharusnya tidak melebihi 30 peratus daripada komitmen bulanan seseorang, bukan sekadar berdasarkan pendapatan semata-mata.