suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak kaya pun kalau naik 5 peratus! Perunding kewangan bongkar realiti peratusan gaji tahunan pekerja Malaysia

Sebahagian besar daripada kita berdepan kekangan kewangan. -Gambar hiasan AI

MENDAPAT kenaikan gaji tahunan sememangnya sesuatu yang menggembirakan, apatah lagi apabila jumlahnya mencecah sekitar lima peratus.

Namun menurut Perunding Skim Persaraan Swasta, Ashraf Ali, ramai pekerja tidak menyedari bahawa kenaikan gaji tersebut mungkin tidak memberi perubahan besar kepada kedudukan kewangan mereka.

Katanya, berdasarkan data semasa, purata kenaikan gaji di Malaysia berada pada paras:

2024: 5.06 peratus

2025: 5.03 peratus

2026 (sasaran): 5.33 peratus

Setiap pekerja mengharapkan kenaikan gaji. -Gambar hiasan AI

Setiap pekerja mengharapkan kenaikan gaji. -Gambar hiasan AI

Menurut beliau, ramai yang membandingkan kenaikan gaji dengan kadar inflasi rasmi negara yang direkodkan sekitar:

2024: 1.8 peratus

2025: 1.7 peratus hingga 2.0 peratus

Walaupun angka tersebut kelihatan rendah, Ashraf menjelaskan bahawa inflasi rasmi tidak semestinya menggambarkan kos hidup sebenar yang ditanggung setiap individu.

Sebaliknya, beberapa perbelanjaan harian utama menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi, antaranya:

Makanan dan restoran: +3.5 peratus

Sewa dan utiliti: +3.2 peratus

Pengangkutan: +4.1 peratus

Pendidikan: +2.4 peratus hingga 2.5 peratus

Kesihatan: +1.4 peratus

Bagi menggambarkan situasi itu, Ashraf memberikan contoh seorang pekerja yang memperoleh gaji RM4,000 sebulan.

Jika pekerja tersebut menerima kenaikan gaji sebanyak lima peratus, pendapatannya bertambah sekitar RM200 sebulan.

Namun pada masa sama, peningkatan kos hidup sebanyak 3.5 peratus memerlukan tambahan kira-kira RM140 sebulan hanya untuk mengekalkan taraf hidup sedia ada.

Apa yang tinggal?

Kenaikan gaji: RM200

Tambahan kos hidup: RM140

Lebihan sebenar: RM60 sebulan

“Apabila dikira semula, nilai kenaikan sebenar yang dirasai hanya sekitar RM2 sehari,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Menurut Ashraf, kenaikan gaji yang benar-benar memberi impak kepada kedudukan kewangan seseorang seharusnya:

- Melebihi kadar inflasi sekurang-kurangnya 2 hingga 3 peratus.

- Mencerminkan peningkatan produktiviti dan nilai pekerja.

- Memberi ruang untuk menyimpan dan melabur.

Jelasnya, kenaikan sekitar tujuh hingga lapan peratus setahun lebih berpotensi memberikan kemajuan kewangan yang ketara.

“Ramai yang rasa lima peratus sudah memadai, tetapi sebenarnya mereka hanya berlari di tempat yang sama.

“Kenaikan gaji itu sekadar menutup jurang akibat peningkatan kos hidup, bukannya membantu membina kekayaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak hanya melihat angka kenaikan gaji semata-mata.

Sebaliknya, persoalan yang lebih penting ialah sama ada nilai wang yang dimiliki berkembang lebih pantas daripada kenaikan kos hidup.

Artikel Lain