suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai mula ‘sesak nafas’ apabila harga emas jatuh... Pakar kongsi strategi bijak selamatkan barang kemas ar-Rahnu

Barang kemas merupakan aset mudah cair yang sering digunakan apabila seseorang memerlukan wang tunai dalam jangka masa singkat. -Gambar hiasan AI

PENURUNAN harga emas ketika ini bukan sahaja memberi kesan langsung kepada pelabur, malah turut mencetuskan kebimbangan besar bagi individu dengan barang kemas yang dipajak di institusi kewangan ar-Rahnu.

Golongan yang paling terkesan adalah mereka yang selama ini bergantung kepada kaedah overlap atau memperbaharui pajakan setiap enam bulan.

Mana tidaknya, jika notis tempoh matang tiba ketika harga emas lebih rendah, mereka berkemungkinan perlu menanggung kos penyusutan nilai serta upah simpan yang semakin tinggi.

Bayangkan, sekiranya anda tidak mempunyai sumber kewangan ketika itu?

Menyedari dilema itu, seorang perunding kewangan yang popular dengan gelaran Abang Bekam tampil berkongsi strategi lebih praktikal [Tonton Video] bagi membantu orang ramai menyelamatkan semula barang kemas yang sudah lama 'tersangkut' di ar-Rahnu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sangka ‘overlap’ emas Ar-Rahnu cara bijak cari duit lebih... Sebenarnya jerat hutang!

Baginya, ramai individu yang terperangkap dalam kitaran membayar upah simpan tanpa menyedari jumlah hutang pokok langsung tidak berkurang.

"Kalau pernah pajak barang kemas dan sekarang rasa macam terperangkap dalam kitaran bayar upah simpan yang tak pernah habis-habis, percayalah anda tak keseorangan," katanya.

Jelasnya, ia berikutan, kebanyakan institusi ar-Rahnu menawarkan tempoh pajakan selama 18 bulan yang dibahagikan kepada kitaran enam bulan.

Sekiranya bayaran tidak dibuat mengikut tempoh ditetapkan, barang kemas tersebut berisiko untuk dilelong.

Tambahnya, antara punca ramai gagal menebus barang kemas ialah kerana cuba mengumpul wang dalam jumlah besar bagi menebus semua barang sekali gus sehingga akhirnya matlamat tersebut sukar dicapai.

Teknik 'overlap' menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat masa kini. -Gambar hiasan AI

Teknik 'overlap' menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat masa kini. -Gambar hiasan AI

Susulan itu, Abang Bekam berkongsi beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi 'memperoleh' semula barang kemas yang dipajak selama bertahun-tahun.

Ini tiga langkah mudah yang boleh dilakukan untuk 'selamatkan' anda daripada terus terjerat.

1. Semak surat pajak dan teliti beberapa barangan yang lebih kecil gramnya dan murah.

2. Tetapkan amaun untuk simpanan bagi membolehkan penebusan dilakukan.

3. Apabila berjaya buat penebusan, minta pihak ar-Rahnu mengeluarkan surat perjanjian pajak gadai yang baharu untuk baki barang-barang yang tinggal.

4. Amaun dan upah simpan akan semakin berkurang dengan tempoh masa dikemas kini  semula kepada 18 bulan.

Artikel Lain