suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ambil ‘husband role’ awal sangat... Lelaki termenung pinjaman beli Ativa ditolak, rupanya tanggung hutang Myvi bekas kekasih RM25,000!

Memberi individu lain menggunakan nama peribadi untuk pinjaman adalah tidak wajar. -Gambar hiasan AI

SIKAP ingin membantu individu terdekat berdepan kesukaran mendapatkan pinjaman satu perbuatan yang baik.

Namun, kesanggupan menggunakan nama sendiri membuat pinjaman boleh mengundang masalah besar sekiranya individu berkenaan gagal menunaikan janji untuk melunaskan bayaran bulanan.

Anda bukan sahaja terpaksa menanggung tunggakan, nama juga berisiko disenarai hitam sehingga mengalami kesukaran untuk membuat pinjaman baharu pada masa akan datang.

Perkara sama dikongsikan seorang penasihat jualan kereta dikenali sebagai Mazlina selepas berhadapan dengan klien yang ingin membuat pinjaman bagi membeli Perodua Ativa varian Advance.

Menerusi perkongsian di Threads, ujarnya, lelaki terbabit mempunyai pendapatan sekitar RM7,000.

"For sure memang tiga jam sahaja saya hantar permohonan akan terus dapat result approved.

Kesanggupan menggunakan nama sendiri bagi membeli kenderaan untuk individu lain mengundang risiko besar. -Gambar hiasan AI

Kesanggupan menggunakan nama sendiri bagi membeli kenderaan untuk individu lain mengundang risiko besar. -Gambar hiasan AI

"Tapi tiba-tiba pihak bank reject, dia disenarai hitam dan rupa-rupanya dia ada outstanding dekat RM25,000 sebab tiga tahun tak bayar kereta.

"Apabila ditanya, dia cakap yang dia pernah beli kereta Perodua Myvi untuk bekas kekasih kira-kira empat tahun lalu," ujarnya berkongsi kisah yang berlaku.

Pelanggannya itu turut menyatakan dia ketika itu membantu wanita terbabit mendapatkan kenderaan kerana tidak layak membuat pinjaman disebabkan masih menjalani latihan industri.

"Bekas kekasih dia janji nak bayar sendiri dan masa mula-mula tu memang wanita tu bayar tapi lepas berpisah, beberapa bulan sahaja dibayar.

"Dia pun mengaku tak tahu cerita sebab semua nombor telah disekat," tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tengok ansuran bulanan sahaja... Graduan baru kerja kena tahu kos sebenar sebelum beli kereta

Ujar Mazlina, pelanggan tersebut mengakui pernah menerima beberapa surat berkaitan tunggakan, selain didatangi pihak mahu menarik kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun, kereta itu tidak berjaya ditemui kerana dikatakan berada dengan wanita berkenaan.

Selepas sekian lama tidak menerima sebarang perkembangan, dia menyangka masalah tersebut telah selesai sehinggalah permohonan membeli kereta baharu ditolak.

Pengalaman pahit kliennya itu membuatkan Mazlina menitipkan kata-kata nasihat supaya tidak membuat pinjaman menggunakan nama sendiri untuk individu lain terutama kekasih.

"Tak payah yakin sangat yang orang tu end-up akan jadi pasangan macam lelaki ni yang ambil husband role awal sangat.

"Semua perkara kena ada batas, kelak korang yang kena tanggung," jelasnya lagi.

Artikel Lain