RAMAI menganggap dana kecemasan dan tabung perbelanjaan terancang (sinking fund) merupakan perkara sama kerana kedua-duanya melibatkan wang simpanan.Namun hakikatnya, setiap simpanan mempunyai fungsi tersendiri dan tidak sepatutnya dicampur sehingga menjejaskan kewangan ketika berdepan perkara tidak dijangka. Menjelaskan perkara tersebut, Perunding Unit Amanah dan Skim Persaraan Swasta (PRS), Muhammad Faiz Zulfakar berkata, kesilapan menentukan ‘tugas’ setiap simpanan boleh menyebabkan wang tidak mencukupi apabila benar-benar diperlukan."Setiap duit ada kerjanya. Kalau salah letak kerja, nanti duit pun tak cukup," katanya menerusi satu perkongsian di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Rumah kena lelong, akaun bank pula dibekukan! Lelaki buntu fikir masa depan, tak nampak jalan keluar - “Makan pun tak lalu...”Malah katanya, masalah akan sering timbul apabila kedua-dua simpanan dicampurkan dalam satu tabung.Justeru, dia menyarankan supaya satu tabung diwujudkan khusus untuk kecemasan manakala satu lagi bagi perbelanjaan yang boleh dijangka agar pengurusan kewangan menjadi lebih tenang dan teratur.Tambahnya, seseorang tidak perlu terus menyimpan dalam jumlah besar, sebaliknya boleh bermula dengan nilai kecil asalkan wang dimasukkan setiap bulan mengikut tujuan masing-masing.Berikut merupakan penjelasan bagi anda yang masih tidak memahami 'tugas' setiap tabung.Ramai yang tidak mengetahui kegunaan dana kecemasan diwujudkan. -Gambar hiasan AI1. Dana kecemasan untuk perkara tidak dijangkaDana kecemasan atau emergency fund merupakan simpanan yang dikhaskan bagi menghadapi kejadian tidak diduga yang diharapkan tidak berlaku.Antara situasi yang memerlukan penggunaan dana ini ialah kereta rosak, dimasukkan ke hospital, kehilangan pekerjaan atau rumah mengalami kebocoran secara tiba-tiba.Disebabkan sifatnya sebagai wang perlindungan ketika berlaku kecemasan, simpanan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan untuk membayar perbelanjaan biasa yang sudah boleh dijangka lebih awal.2. Sinking fund masa hadapanTabung ini berbeza dengan dana kecemasan kerana ia diwujudkan bagi menampung perbelanjaan yang diketahui akan tiba pada masa tertentu.Antaranya bayaran cukai jalan dan insurans kenderaan, persiapan Hari Raya, percutian, yuran persekolahan serta ibadah korban.Walaupun wangnya belum diperlukan sekarang, perbelanjaan tersebut bukanlah kecemasan kerana tarikh dan keperluannya sudah boleh dijangka.