suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emas bertukar jadi beban! Pemuda menyesal buat ‘overlap’, sesak dada bayar upah simpanan ar-rahnu lebih RM144,000

Ramai yang terjerat dengan 'simpanan' sendiri selepas melakukan overlap. -Gambar hiasan AI

HARGA emas yang tinggi sebelum ini membuatkan peminatnya mengambil peluang melakukan pertindihan gadaian atau overlap.

Menerusi kaedah berkenaan, lebihan wang yang diperoleh biasanya digunakan untuk membeli emas baharu, membuat pelaburan lain atau menampung pelbagai keperluan.

Namun, strategi yang pada awalnya dilihat menguntungkan boleh bertukar menjadi beban apabila harga emas jatuh seperti yang berlaku pada masa ini.

Mereka yang terlibat pasti runsing memikirkan kos upah simpan dan jumlah pembiayaan yang masih perlu dibayar.

Lebih memeritkan, ada pemilik yang terpaksa menambah wang sendiri apabila mahu menjual surat pajak kerana nilai emas semasa tidak lagi mampu menampung jumlah pinjaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mula ‘sesak nafas’ apabila harga emas jatuh... Pakar kongsi strategi bijak selamatkan barang kemas ar-Rahnu

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sangka ‘overlap’ emas Ar-Rahnu cara bijak cari duit lebih... Sebenarnya jerat hutang!

Situasi itu dilalui seorang lelaki yang kini sedang berhadapan dengan kos upah dan pinjaman selepas melakukan overlap semasa harga tinggi.

"Aku tak sangka, emas yang dahulu dianggap sebagai penyelamat, hari ini menjadi beban paling berat dalam hidup.

"Semua emas aku masih dekat ar-rahnu, nilainya lebih RM144,778. Nak bayar upah simpan pun dah tak mampu.

"Dulu aku overlap semasa harga emas tengah mencanak naik, hari ini harga emas dah turun, nak jual surat pun masih kena tambah duit," luahnya sayu di Thread.

Menjengah ke platform tersebut, terdapat beberapa pelayar lagi yang turut meluahkan kesukaran dialami disebabkan tindakan overlap.

Menjelaskan tentang strategi yang dilakukan kebanyakan peminat emas itu, pakar rujuk dan perunding kewangan Islam Ustaz Abdul Aziz Mohd Noor berkata, teknik rolling berkali-kali (overlap) itu adalah satu bentuk perjudian nasib terhadap harga emas.

Membeli emas secara tunai tanpa cagaran apa-apa aset akan lebih menguntungkan dan tidak berisiko. -Gambar hiasan AI

Membeli emas secara tunai tanpa cagaran apa-apa aset akan lebih menguntungkan dan tidak berisiko. -Gambar hiasan AI

Malah tegasnya, ia bukan lagi dilihat sebagai simpanan pelaburan yang selamat tetapi spekulasi atau leveraj yang tinggi.

"Penyimpan bijak akan membeli tunai sedikit demi sedikit supaya untung 100 peratus miliknya tanpa hutang.

"Pelabur berisiko pula akan rolling sekali apabila yakin harga akan naik mencanak dalam masa enam bulan.

"Manakala pelabur kurang bijak (kamikaze) akan rolling berkali-kali dalam enam bulan," jelasnya.

Beliau yang lebih popular dengan panggilan Ustaz Lariba turut menyatakan perbuatan membeli emas baru dengan wang ar-rahnu adalah sah daripada segi akad jual beli.

Tetapi ia sangat tidak digalakkan daripada sudut etika kewangan Islam.

Ia berikutan kos upah simpan atau kadar keuntungan biasanya sekitar 10 hingga 12 peratus setahun. 

"Emas perlu naik lebih tinggi daripada peratusan ini setiap tahun hanya untuk pulang modal.

"Jika gagal membayar atau menyambung kontrak, emas akan dilelong dan mungkin kehilangan aset tersebut serta menanggung baki hutang," tambahnya menjelaskan situasi yang kemungkinan berlaku.

Artikel Lain