Peminjam dinasihatkan membuat semakan teliti terlebih dahulu sebelum mempercayai janji manis ejen pinjaman. -Gambar hiasan AI
MENGGUNAKAN khidmat ejen yang mengaku ada 'kabel' bank dalam urusan pinjaman atau perbankan lain boleh membawa padah jika peminjam cuai dan tidak membuat semakan teliti.Perunding Kewangan, Azim Mohd Asri berkongsi kisah kliennya, seorang kerani swasta yang merana selepas wang RM2,500 miliknya 'hangus' disapu ejen. Si ejen terbabit berjanji manis kononnya boleh membantu meluluskan pinjaman dengan mudah.Katanya lagi, ejen itu hanya menggunakan kaedah 'panjat borang manual' secara berulang kali.Hal itu menyebabkan terlalu banyak semakan kredit (hard inquiry) direkodkan dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS) klien tersebut dalam tempoh sebulan. Menurut Azim lagi, keadaan itu menyebabkan rekod CCRIS klien berkenaan menjadi 'rosak' akibat terlalu banyak semakan dalam tempoh singkat.Lebih mengejutkan, ejen itu sebenarnya tidak mempunyai akses kepada sistem bank atau 'kabel' yang boleh memudahkan urusan pinjaman seperti didakwa.Untuk makluman, setiap kali seseorang memohon pinjaman atau kad kredit baharu, pemberi pinjaman seperti bank mungkin membuat semakan kredit. Seperti yang dijelaskan portal CTOS, satu semakan biasanya tidak memberi kesan besar kepada skor kredit iaitu kemudahan pinjaman atau pembiayaan yang diberikan kepada seseorang.Namun permohonan bertubi-tubi dalam tempoh singkat boleh menimbulkan keraguan pihak bank mengenai keadaan kewangan pemohon atau keupayaannya menguruskan komitmen kredit tambahan.Kekerapan permohonan tinggi dalam tempoh singkat itu juga boleh menjadi antara faktor yang dipertimbangkan institusi kewangan ketika menilai permohonan pinjaman baharu.Berbalik kepada kisah kerani tadi, dia yang sudah hampir berputus asa akhirnya datang menyerah diri meminta bantuan Azim.Azim kemudian mengambil alih kes tersebut dan membantu membersihkan semula rekod carian berulang berkenaan, sebelum menguruskan proses penyatuan hutang (debt consolidation) menerusi saluran bank yang sah.Hasilnya, hutang lama berjaya disusun semula dalam tempoh 14 hari.Ansuran bulanan kerani itu berjaya dikurangkan sebanyak 45 peratus dan klien turut mendapat lebihan tunai bagi membantu melangsaikan tunggakan sewa rumahnya.Kisah itu menjadi peringatan kepada peminjam supaya berhati-hati dengan ejen yang menjanjikan kelulusan pinjaman melalui permohonan berulang kali yang boleh memberi kesan kepada penilaian kredit sendiri.