suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat nak cari rezeki terbantut... Individu terduduk permohonan kerja ditolak sebab ada CTOS, HR terus kunci pintu!

Ramai tak tahu sesetengah syarikat menjadikan semakan latar belakang kewangan sebagai syarat utama sebelum ambil pekerja baharu. -Gambar hiasan AI

REKOD Credit Tip-Off Service (CTOS) bukan lagi sekadar rujukan untuk permohonan pinjaman atau pembiayaan kewangan, sebaliknya kini turut dijadikan antara kaedah semakan latar belakang oleh sesetengah majikan sebelum mengambil pekerja baharu.

Perkara itu menjadi perhatian selepas seorang individu berkongsi pengalaman pahit apabila permohonan kerjanya ditolak sebuah syarikat selepas pihak sumber manusia (HR) melakukan pemeriksaan CTOS terhadapnya.

Dalam perkongsian tersebut, pihak HR memaklumkan bahawa semakan CTOS individu berkenaan gagal melepasi piawaian serta pemeriksaan yang ditetapkan syarikat.

"Pertama kali kena reject dengan syarikat sebab ada rekod CTOS. Ada sesiapa boleh jelaskan tak... memang kalau ada CTOS tak boleh kerja ya?" katanya dalam hantaran di media sosial itu.

Mengulas mengenai perkara itu, pakar kewangan, Anugera Finance yang mempunyai kepakaran dalam pembiayaan perumahan berkata, keputusan seperti bergantung kepada polisi setiap syarikat dan cara pihak HR menilai rekod kewangan seseorang calon.

Menurutnya, terdapat juga syarikat yang tidak menolak terus calon pekerja walaupun mereka mempunyai rekod terpalit dengan CTOS.

"Sesetengah syarikat mungkin akan bertanya sama ada kita boleh selesaikan CTOS tersebut dan berapa lama masa yang diperlukan untuk diselesaikan.

"Kalau syarikat tu nak kamu (bekerja), pihak mereka akan runding secara baik dengan kamu. Malah kalau CTOS tu tidak besar, mereka akan tawarkan untuk selesaikan dengan potongan gaji," katanya.

Jelasnya, perkara itu juga bergantung kepada sejauh mana syarikat memerlukan calon berkenaan, nilai atau kepentingan jawatan serta penilaian pihak HR terhadap individu tersebut.

Dalam konteks kewangan, CTOS merupakan agensi pelaporan kredit yang menyediakan maklumat berkaitan profil kredit seseorang untuk membantu pihak tertentu membuat penilaian.

Antara maklumat yang terdapat dalam laporan kredit termasuk rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS), tunggakan pembayaran, rekod litigasi dan kebankrapan serta maklumat berkaitan kredit lain.

Oleh itu, mempunyai rekod CTOS tidak semestinya bermaksud seseorang berdepan masalah kewangan yang serius atau tidak boleh mendapatkan pekerjaan.

Ringkasnya, mempunyai rekod CTOS bukan bermaksud seseorang secara automatik tidak boleh bekerja, sebaliknya keputusan bergantung kepada polisi majikan serta penilaian terhadap keadaan kewangan dan profil calon.

Artikel Lain