HAMPIR seminggu berlalu, penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil bersuara berhubung detik canggung ketika dia muncul di acara Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025). Memilih untuk tidak mengulas atau memanjang isu berkenaan, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, lebih selesa untuk memberi fokus kepada kehidupan masa depan. Malah dia juga telah mengambil kira pelbagai sudut pandangan untuk tidak bercakap tentang hal berkenaan. Momen ketika Bella menyampaikan anugerah kepada Sophia. "Selepas hampir seminggu refleksi dan mendengar semua sisi, saya pilih untuk fokus pada kebaikan malam itu dan melangkah ke hadapan," katanya. Bella menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Jumaat. Dalam hantaran sama dia juga memuat naik gambar bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berserta trofi kemenangan mereka dalam kategori Couple Goal Terhangat. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia saja pernah nampak apa yang orang tak tahu” - Pembantu peribadi Bella Astillah bersuara… Siap dengan tanda pagar #JanganBuatInnocent ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tak salam dan pandang Sophia Albarakbah, netizen kata suasana atas pentas nampak ‘awkward’... “Yang ini saya kenal sangat”Tambahnya pengalaman pada malam berkenaan akan terus disimpan sebagai kenangan. "Pelbagai rasa, namun saya tetap anggap ia satu pengalaman yang luar biasa dan akan dikenang," ujarnya. Bella dan Syed Saddiq juga membawa pulang trofi di acara AMT2025. Ketika AMT2025 berlangsung pada Ahad lalu, Bella menjadi penyampai bagi anugerah Selebriti Feminin Terhangat di mana pelakon Sophia Albarakbah diumumkan sebagai pemenang. Detik tersebut kelihatan sedikit canggung memandangkan Sophia sebelum ini pernah dikaitkan dengan aktor Aliff Aziz iaitu bekas suami Bella. Majlis tersebut menjadi bualan hangat dan ramai yang menganggap ia tidak sepatutnya berlaku.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube