PELAKON dan penyanyi Korea terkenal, Kim Junsu mendedahkan kisah hidupnya yang penuh cabaran sebelum berjaya memiliki rumah mewah bernilai kira-kira RM13 juta (₩4.8 bilion).Dalam temu bual terbaru, Junsu, 39, mengimbau kehidupannya ketika dia dan keluarga menginap di sebuah bilik kecil tanpa tandas. Katanya, ketika itu mereka terpaksa menggunakan sinki untuk buang air, manakala dapur pula terletak di luar bilik.Junsu bangga kongsi keadaan rumahnya.Pengalaman hidup susah itu membuatkan Junsu lebih bersungguh-sungguh mengejar impian dan cita-cita. “Pengalaman itu mengajar saya menghargai apa yang saya miliki sekarang. "Itu sebabnya saya membeli rumah untuk ibu bapa saya sebelum membeli rumah sendiri,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Konflik keluarga David Beckham semakin memuncak... Brooklyn bertegas, arah ibu bapa guna peguam untuk berhubungARTIKEL BERKAITAN: Bukan 'unfollow', Brooklyn Beckham sekat semua ahli keluarga di media sosialDalam temu bual sama, Junsu turut berkongsi keistimewaan rumah mewahnya yang disifatkan cukup bermakna kerana lebih selesa berbanding kediamannya sebelum ini.Kini, selepas bertahun-tahun berjuang dalam industri hiburan, Kim Junsu bukan sahaja menjadi selebriti terkenal, malah menikmati kehidupan selesa dan stabil. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube