SYARIKAT rakaman dari Jepun, New Century Records terus meraih keuntungan hasil jualan koleksi peribadi penyanyi Aki Yashiro yang meninggal dunia pada Disember 2023.Bagaimanapun, keuntungan tersebut bukanlah diperoleh dengan cara yang betul kerana pihak berkenaan menjual gambar bogel milik Aki yang pernah dirakamkan ketika penyanyi itu berusia sekitar 20-an. Tahun lalu, syarikat tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai apabila mempromosikan album memorial Aki dengan menawarkan dua keping foto polaroid bogel sebagai hadiah bonus.Foto Aki ketika muda menjadi kegilaan ramai. Terbaharu, pihak syarikat berkenaan turut mengumumkan jualan foto bogel asal Aki melalui kaedah lelongan.Foto berkenaan mula dilelong pada 10 Disember tahun lalu dengan harga sekitar RM17,500 sebelum meningkat kepada RM23,000 dan bidaan dijangka akan ditutup pada 31 Mac depan. Media Jepun melaporkan syarikat berkenaan seakan-akan tidak ambil peduli terhadap kecaman orang ramai atas perbuatan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Guna nama ibu tubuh syarikat sendiri, tipu jumlah pendapatan tahunan... Cha Eun Woo didakwa elak bayar cukai RM55 juta ARTIKEL BERKAITAN: Seungri didakwa bakal buka ‘Burning Sun’ kedua di Kemboja“Kami boleh menjualnya kepada sesiapa yang berminat dan memperoleh lebih banyak wang. Bukankah itu sesuatu yang baik?," kata wakil syarikat seperti dilaporkan media.Tidak cukup dengan itu, New Century Records juga merancang untuk menjual pakaian peribadi milik Aki yang pernah digayakan sebelum ini.Nama Aki masih jadi sebutan ramai. Lebih teruk lagi, mereka juga mahu mengaut keuntungan dengan melelong seluar dalam milik penyanyi itu.Aki merupakan seorang penyanyi yang mula menceburi bidang muzik sekitar tahun 1971.Dia meninggal dunia pada usia 73 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube