PELAKON Anne Hathaway membuat permohonan maaf kerana bersikap biadab terhadap seorang wartawan dalam satu temu bual sekitar 12 tahun lalu. Wartawan dikenali sebagai Kjersti Flaa mendedahkan Anne menghantar emel panjang lebar kepadanya bagi menjelaskan punca dia bersikap kurang ajar terhadapnya pada hari berkenaan. Permohonan maaf itu dibuat Anne selepas temu bual pada 2012 itu kembali tular di media sosial sehingga pelakon filem Princess Diaries itu dikecam netizen. Kjersti tidak menyangka video temu bual tersebut ditonton oleh Anne. "Saya sangat terkejut sebab tak sangka Anne akan mencari saya untuk memohon maaf. Saya ingat dia tidak pernah menonton temu bual kami. "Tapi apa yang dilakukan sangat hebat dan bukan semua orang boleh merendahkan diri dan memohon maaf," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun, Anne Hathaway kembali dengan ‘The Princess Diaries 3’ ARTIKEL BERKAITAN: Umum hamil anak kedua, Anne Hathaway akui berusaha lawan kemandulan Dalam pada itu, Kjersti menjelaskan Anne memberitahu dia bersikap biadab terhadapnya kerana emosinya kurang baik pada hari rakaman temu bual tersebut. Menerusi rakaman yang tular, Anne dilihat bersikap acuh tak acuh selain menunjukkan sikap tak berminat setiap kali Kjersti bertanya soalan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!