suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umum hamil anak kedua, Anne Hathaway akui berusaha lawan kemandulan

Anne Hathaway hamil anak kedua.

PELAKON Hollywood Anne Hathaway mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua pada usia 36 tahun.

Anne menerusi Instagram miliknya memuat naik foto terbaharu dengan menunjukkan baby bump.

"Ini bukan shooting filem #2" ujarnya.

Tidak hanya memberitahu tentang kehamilannya itu, Anne turut bercerita tentang perjuangannya melawan kemandulan.

Usaha mendapatkan cahaya mata bukan sesuatu yang mudah bagi Anne dan suaminya Adam Shulman.

"Untuk semua yang berjuang melawan kemandulan dan proses kehamilan ketahuilah bahawa ini bukan jalan mudah untuk dua kehamilanku," ujarnya.

Anne berkahwin dengan Adam Shulman pada September 2012 dan memiliki seorang cahaya mata Jonathan Rosebanks yang kini berusia dua tahun.

SUMBER: IG Anne Hathaway

Anne Hathaway

Artikel Lain